Skip to main content

‘Cara-cara untuk Move On’: Bila aku diuji dengan apa yang aku katakan





Tak pernah aku sangka suatu hari apa yang dilontarkan oleh mulutku sendiri dalam bentuk nasihat buat kawan, akhirnya menjadi bahan ujian untuk tuan badan yang berbicara. 

Pernah suatu hari itu, ada seorang kawan datang bertanya macam mana nak move on. And yes, specifically, pada fasa umur 20-an macam ini, normal lah kalau kita cakap move on daripada seseorang yang kita suka baik lelaki atau perempuan. Tak dinafikan perasaan macam itu wujud dan tak ada salahnya. 

Jadi, sebagai seorang kawan yang prihatin (ha-ha), aku post tips yang agak berjela panjangnya dalam Instagram dengan tajuk ‘cara-cara untuk move on’. Dan kawan aku yang meminta nasihat tersebut respond to my post saying that she will try. Aku pun okey. At least, mesej yang aku nak sampaikan telah pun tercapai. Apa eh trend sekarang, #done?

To one point, hidup ini macam roda. Bukan roda impian where at the end kau akan dapat duit tapi macam hamster yang main roda dalam sangkar. Gigih berlari tapi tetap berada di bawah. Masa itu, baru lah aku tahu tak semudahnya nak melakukan melainkan bahu sendiri yang memikul. Tak semudah mulut yang berceloteh macam power. Pedihnya batang hidung yang cedera bila kaki tersungkur.

Pernah dengar, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan. Aku ada terbaca quote tersebut daripada seorang penulis yang laris bukunya. Pernah juga rasa macam aku harap aku tak nasihat pasal move on kat member dulu. That feeling macam flashback, really. 

Advice; easy to say but when Allah wants it to happen on you, it will happen. Then, you will know the weight of your words. 

Tapi, tak apa lah. Bila cuba encounter balik those thoughts yang macam put me down, I said to myself:

            It’s okey. Tak kisahlah aku bagi nasihat atau tak kepada orang lain, selagi mana kita bernyawa, kita tetap akan diuji. Cuma jenis ujiannya sahaja yang berlainan.

Tak bermakna kalau kita berhenti memberi nasihat, kita akan bebas daripada ujian Allah Taala. Tak bermakna juga Allah menghukum kita melalui nasihat yang kita beri. Ujian itu sentiasa ada. Jangan pernah putus harapan untuk memberi nasihat atau mendengar nasihat.

Allah sendiri ada menyatakan setiap manusia itu pasti diuji dalam hidupnya. Baik ujian itu datang dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Tiada siapa yang terlepas. 


[Al-Ankabuut: 2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  

It’s okay.


 It’s okay.

Yang tak okey nya bila kita mematikan cahaya harapan dan pergantungan kepada Allah Taala. Terdetik dalam benak hati ini, hidup yang paling memenatkan adalah hidup yang padanya tiada pergantungan kepada Allah dalam menghadapi ujian yang diberikan. Tiadanya redha dan tiada harapan. Memang penat. Seolah-olah kita cuba meletakkan segala keputusan atas usaha pada tangan kita sendiri, tak ke lelah yang kita akan dapat?

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...