Skip to main content

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

Image result for hiatus mato
  
HIATUS OLEH BUDAK TOMATO


Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha.

Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat.

Sebab apa aku suka:

1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan. 

2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii.

3. Oh ya dalam cerita ini, watak utama yang digambarkan memghidap penyakit depression.

4. Aku take note bila penulis ini describe tentang simptom-simptom seseorang yang menghidap depression akan alami macam self-harm, negative thought, helplessness, worthlessness, numbness, eating disorder dan lain-lain. Ini sedikit sebanyak memberikan pendedahan tentang mental illness (kalau reader notice lah).

5. Ada sikit babak-babak cinta yang emosional. Sumpah emosional. Tak sweet-sweet atau bersemut novel itu. Akhirnya, aku turut emo. Cettt, kau ni lahai penulis. 

6. Satu lagi, gaya penulisan dia; kalau kau mula membaca, kau tak akan berhenti. Sedar-sedar dah ending. 

7. Aku ada follow instagram si penulis ini. Aku syak novel yang dikatakan fiksyen ini bukan sebenar-benarnya fiksyen tapi ada babak-babak yang ditokok-tambah maka novel ini jadi fiksyen padahal ada sesetengah part nya tak fiksyen. You know what I mean?

Tak nak cerita lebih-lebih. Tak pasal-pasal jadi spoiler pula. Anyway, good writing Mato. Aku rate 4.5 bintang. Aku tak kasi lima bintang. 0.5 hilang sebab hang buat emosi aku tunggang-terbalik. Hahaha. Tak ada lah. 





Comments

  1. Terima kasih atas review buku #Hiatus oleh budak tomato. Dapatkan lebih banyak buku-buku menarik dari Kak Iman secara atas talian di imanshoppe.com atau secara walk-in di kedai buku Iman Shoppe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...