Skip to main content

Ole-Ole Fikiran: 3 jenis Kawan. "Kau yang mana satu?"

3 Jenis Kawan: "Kau yang mana satu?"

Dapat idea nak tulis tajuk pasal persahabatan lepas aku baca buku Kisah 25 Filsuf oleh Matluthfi. Antara filsuf yang ada menyebut pasal persahabatan ialah Aristotle. Uish, aku memang suka lah philosopher yang awal-awal ini sebab diorang punya fikiran atau idea itu macam... bagus lah. Dan kalau kau baca buku ini, kau dapat kenal pasti budaya penerbitan sangatlah superb pada zaman tersebut sehinggakan seorang filsuf telah menulis ratusan buku, sedangkan zaman sekarang, syarikat penerbitan di Malaysia gulung tikar.

Dalam buku Nicomachean Ethics hasil penulisan Aristotle, dia dapat mengenal pasti tiga jenis persahabatan.[1]

Pertama:

Persahabatan terjadi apabila salah seorang hanya mencari keseronokan. Kepentingan dia ialah kenikmatan dan peluang untuk bersama, yang mana perlu disediakan oleh pihak yang satu lagi. Bersepah kawan macam ini.

Kedua:

Persahabatan strategik. Mengambil keseronokan daripada persahabatan mereka, hanya pada takat di mana mereka boleh memperoleh faedah daripadanya, dan tidak lebih daripada itu.

Ketiga:

Persahabatan sebenar. Kawan sebenar tidak semestinya berperangai seperti kau tetapi kawan yang berkongsi sifat-sifat mulia dan menghapuskan kelemahan masing-masing. Kawan sebenar ialah kawan melengkapi kelemahan masing-masing. Kau kisah sangat tentang kawan kau seperti mana kau kisahkan tentang diri kau. Mereka membuatkan hidup kau lebih terdedah kepada kecelakaan emosi, tetapi mereka juga boleh memberi satu kekuatan emosi yang orang lain tak boleh berikan.

Maka, seakan-akan drama, kau mula terfikir kau berada di pihak mana? Yang pertama, yang kedua atau yang ketiga? Atau lebih drama lagi, bila kau fikir kau adalah mangsa kepada kawan kategori pertama.

Kemudian keluarlah tweet atau ayat-ayat status budak sekolah menengah yang berbunyi, “Asyik puaskan hati orang lain je. Dah penat dah nak jadi baik.” bila  kawan kau species manusia yang menyakitkan hati. 

To one point, tanpa kau sedar, kau boleh jadi manusia ketiga-tiga jenis ‘kawan’ tersebut. Kau boleh jadi yang pertama, yang kedua dan yang ketiga pada masa yang sama. Sebab kau ada level of friendship kau sendiri.

Dengan si A, kau cuma kawan-kawan biasa sahaja. Yakni kau akan guna segala sources yang ada untuk keseronokan. Ajak tengok wayang, makan mahal-mahal, mengumpat. Lepas habis semuanya, kau pergi.

Dengan si B, kau upgrade sikit. Kau agak rapat dengan dia tapi bila kau tak contact dia dan dia pun tak contact kau, kau tak ada rasa apa-apa. Mungkin dalam situasi ini, kau boleh relate dengan suasana belajar di mana pelajar lain ada kelebihan yang kau tak ada. Contohnya, B seorang yang pandai. Secara automatik si B akan dapat tiket memperoleh kawan yang banyak sebab ramai orang akan rujuk dengan dia. Tapi malangnya, kawan-kawan itu akan pergi apabila si B sudah tidak lagi ada kepentingan selain akademik.

Dengan si C, kau memang rapat yakni kau melihat dia ada potensi yang kuat untuk menerima kau seadanya. Baik buruk kau. Tidur berdengkur, main game tahap tak ingat dunia, muka kau penuh jerawat pun dia tak kisah. Boleh jadi kau akan jadi attach dengan si C ini. Tapi kau gaduh dengan dia, kau boleh jadi sakit hati. Selalunya kuantiti kawan yang kau ada seperti si C tak ramai. Boleh jadi, satu dua saja.

Ikut kau lah nak jadi yang mana satu. Yang penting jangan sampai menyusahkan orang lain. Tapi, kalau kau ialah seorang kawan yang disebut dalam kategori ‘ketiga’ iaitu persahabatan atau sahabat yang sebenar dalam mana-mana situasi pun, kau memang ter-baik.



[1] Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi, ms 39

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...