Skip to main content

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Image result for mudahnya menulis

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah


Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan.

Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia.

Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna betul isi dia. Itu pun kalau kau suka menulislah. Kalau tak suka, kau tak payah beli. 

Kalau suatu hari kelak, korang nak menulis atau merancang mahu menerbitkan buku sendiri, bolehlah baca buku ini sebagai panduan dan rujukan. Kalau korang ada kawan koramg yang suka menulis blog atau menghasilkan karya-karya unik, bolehlah suruh dia baca juga!

Sangat berguna!

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...