Skip to main content

Review Buku: Islam di Barat, Muslim di Timur oleh Zulkifli Hassan

Image result for Islam di Barat Muslim di Timur

Islam di Barat, Muslim di Timur oleh Zilkifli Hassan

Buku ini pun antara buku favourite aku juga walaupun pada awalnya, aku ada juga terfikir ,”Adoi, beratnya content dia!”. Sebab masa itu, aku baru nak berjinak-jinak dengan dunia bacaan dan memulakan zaman peralihan daripada membaca skrin kepada membaca sebuah buku. Sumpah tak senang nak hadam.

Buku ini menceritakan pengembaraan penulis ini ke banyak negara-negara baik negara timur atau negara barat atas tujuan rehlah ilmiah. Dia adalah orang ABIM, mak aku  pun orang kuat ABIM. Jadi, beria-ria jugalah mak aku ajak dengar talk dia beberapa bulan yang lalu. Masa dengar talk penulis ini, aku cukup kagum dengan ketamadunan dan kecergasan asli manusia yang dia sampaikan. (Kecergasan asli lawannya artificial intelligence)

Rehlahnya menceritakan penulis menemui tamadun Barat yang majoritinya tidak beragama Islam tapi berpegang kepada adab-adab dan etika Islam manakala di negara yang majoritinya Muslim tidak berpegang kepada adab-adab dan etika Islam dalam kehidupan seharian seperti tidak menjaga kebersihan, ketidaktepatan waktu dan lain-lain.

Mula-mula aku bosan betul baca buku dia. Tapi lama-lama bila baca buku dia, aku mula tertanya-tanya apa sumbangan yang aku dah bagi kepada masyarakat atau kepada dunia?

Sedikit demi sedikit apa yang dibaca, akan mengubah pandangan kau dan persepsi kau tentang hidup. (Walaupun aku pun kadang-kadang hanyut juga dengan dunia fana ini.)

Sesi muhasabah bermula seketika bila kau baca buku ini. Kau akan fikir kenapa orang Islam kurang memanfaatkan ilmu dan kau hanya terlopong melihat ilmu dicari gali oleh mereka yang bukan Islam? Selepas itu, tak payah sembanglah kalau kau hanya cakap biarlah diorang maju, end up orang kafir masuk neraka. (Aku cabai mulut hang)

Tapi penulis ada cakap, kemajuan di negara-negara maju ibarat excellence with soul. Yakni memilih kejayaan dengan absence of God. Tapi berbalik kepada negara Islam, pusing-pusing tang politik, wahabi, bidaah dan lain-lain.


Mungkin suatu hari kelak, kita patut ubah topik lain?


Aku cadang korang semua bacalah buku ini. Walaupun bukan aku yang tulis, mungkin suatu hari nanti korang pula akan menulis buku serupa genre dengan penulis ini. 

Aku rate 5 bintang. 

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...