Skip to main content

How I Recover from Eating Disorder (Part One)

Aku rasa ini pun sebenarnya pertolongan Allah juga. Masa masuk degree, aku jadi macam suka baca buku yang berkaitan psikologi. Tapi awal-awalnya, suka baca buku yang sentuh pasal body languages. Ilmu psikologi yang dah disaringkan dan tidak terlalu akademik.

Aku masih lagi lah dalam keadaan ‘macam tu’. Masa semester ke-tiga, pernahlah jogging 2 rounds universiti pada waktu pagi dan 2 rounds lagi pada waktu petang. Tiga hari berturut-turut. Pastu, makan sikit. Malam kadang-kadang tak makan sangat-lah. Jadi, rentetan daripada berlapar sebelum tidur, frequently jantung aku akan berdebar kuat.

One day, aku bumped with buku yang ada cerita pasal eating disorder. Maka, di situlah awareness pasal mental health datang.

Aku rasa kalau aku teruskan eating habit yang macam dulu, boleh jadi anoreksik.

Pemulihan tu aku buat secara berterusanlah sampai aku rasa betul-betul okey dan yakin dengan apa yang aku makan.

Sekarang aku boleh makan fries, kentang, KFC, roti canai, nasi tanpa ada rasa bersalah.

Cuma, pada sesetengah masa sahaja, aku akan call mak aku dan cakap, “Lately, I don’t feel like eating.”

Mak aku tanya, “Kenapa?”

“Tak tahulah.” Hmm, kadang-kadang aku bad mood atau triggered balik ke apa. Aku akan cuba untuk ensure aku tak go back kepada eating disorder tu semula.

Dalam bilik aku sendiri, ada quote yang bertulis, “EAT WITHOUT GUILTY” untuk support aku la.

Tapi kalau ada manusia-manusia yang triggered aku balik dengan cakap pasal kalori ke apa, aku rasa macam ‘aduhh’. Nak cakap pasal kalori ke apa, no, don’t talk to me lah. Penat tau aku nak recover.

Result yang paling common untuk ED ialah naik berat badan. Hahaa, biasalah.

NEXT: 

PREVIOUS: 

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...