Skip to main content

Melayu: Tak Suka Support Bangsa Sendiri?

Itu apa yang aku selalu dengarlah. Bila ada orang daripada bangsa sendiri nak maju atau baru merangkak keluar daripada kepompong hidup rutin, bukan main nak perlekehkan dia. Bila dia dah berjaya barulah nak tumpang sekali nama dia.


Image result for supportive
Aku perasan kita rasa macam bangsa Melayu kita sahaja yang tak supportive. Yang teruk, Yang underestimate orang lain. Yang dengki. Yang membawang sana-sini.

Tapi rupa-rupanya, negara Barat sebelum mereka menjadi sebuah negara yang membangun, mereka telah pun mengalami perkara yang sama-sama. Masyarakat tidak mempercayai kebolehan saintis dalam mengubah dunia dan mencipta sesuatu yang baru.


Sumber rujukan: The Physics of The Future oleh Michio Kaku
Image result for michio kaku and physics of the future

Mereka juga pernah Pessimis 
Michio Kaku di dalam bukunya ada  menceritakan tentang bahawa masyarakat U.S pada ketika dahulu juga pessimis dalam pembangunan teknologi dan pengangkutan sebelum kewujudan kemajuan tersebut. Malah, saintis teruk dihentam oleh media. 

Commercial Transatlantic Airship (CTA)
Image result for commercial atlantic airship
Sebelum penciptaan, saintis membuat jangkaan bahawa kelak mereka akan mencipta dan melancarkan CTA. Tapi bagi masyarakat dan orang-orang besar di situ yakin bahawa CTA itu hanya akan jadi seperti belon. Sampaikan Senator John J. Ingalls ada berkata, “Kelak citizen akan terbiasa untuk panggil ia sebagai belon."

Senang cerita, mereka tak percaya CTA ini boleh terbang daripada satu tempat ke tempat yang lain dengan membawa sejumlah orang yang ramai. 

Mail
Postmaster General John Wanamaker pula menyatakan bahawa sampai 100 tahun yang akan datang, emel atau surat akan dihantar menggunakan stagecoach atau menggunakan kuda.

Nak cipta apa lagi?

Pada tahun 1899, Charles H. Duell, commissioner of the U.S. Office of Patents berkata, “Segala benda yang boleh dicipta telah diciptakan.”

Kau nak cipta apa lagi? Kita dah sampai tahap yang maju dah ini. Tak ada dah untuk dicipta. 

Movie Bisu
Masa dulu, TV mana ada suara. Ada gambar gerak hitam putih sahaja. Jadi, Warner cuba untuk mencipta satu tv yang ada suara.

Pada tahun 1927, Harry M. Warner, one of the founders of Warner Brothers (Orang dalam bidang itu sendiri) berkata, “Ada ke siapa-siapa yang nak dengar pelakon bercakap?”

Macam cerita Charlie Chaplin kot?

Komputer IBM
Pada tahun 1943, pengerusi IBM, Thomas Watson yakin menyatakan bahawa, “Saya rasa dalam pasaran dunia hanya akan ada lima sahaja komputer.”

Hmm, zaman sekarang boleh kata komputer/laptop ada di mana-mana sahaja. 
Image result for ibm

Kapal Terbang? Buang Masa

Pada tahun 1902, surat khabar New York Times declare yang mesin terbang hanya satu ciptaan yang membuang masa. Namun seminggu selepas Times membuat kenyataan tersebut, Wright Brothers berjaya menerbangkan kapal terbang mereka di Kitty Hawk, North California.
Image result for airplane
Hah, baru tercengang kau.

Pada tahun 1920, Times kritik lagi seorang saintis bernama Robert Goddard. Robert merupakan seorang saintis atau physician yang mencipta roket untuk terbang ke ruang angkasa. Times cakap hasil kerja Robert ini merepek sahaja sebab roket mana boleh terbang kat ruangan vakum. 49 tahun kemudian, Apollo dan juga 11 lagi astranout berjaya mendarat di bulan.

Image result for astronaut apollo


Masa itu, barulah Times malu. Mereka keluarkan statement, “It is now established that a roket can function in vacuum. The Times regrets the error.”

Bila korang baca ini, korang dapat extract bahawa masyarakat Barat pun dulu mereka pessimis juga pasal bab-bab kemajuan. Roketlah. Komputerlah. Mentollah.

Image result for thomas edison
Ibaratkan macam mereka cakap kat saintis ini, “Eh, kau nak apa lagi ini? Sudah-sudahlah. Tak jadi pun ciptaan kau itu. Kau cipta ke tak cipta, manusia tetap hidup dan mati.”

Perbezaannya
Tapi berbezanya adalah, peristiwa pessimis mereka berlaku semasa hujung tahun 1800 dan awal 1900. Sekarang bila terbukti sains boleh memajukan negara, saintis-saintis di sana dijulang dan dihormati pendapat mereka. Bukan dibuang macam sampah. Pessimis yang berlaku pada masyarakat kita ialah pada hujung tahun 1900 dan awal tahun 2000. Jauh tak beza?

Sekarang aku tanya, korang percaya tak dijangkakan nanti manusia akan ada hoverboard, sejenis skateboard tetapi terbang. Percaya atau tidak, flying hoverboard ini dalam proses prototaip. Maknanya, sudah dibikin tetapi masih dalam proses penambahbaikan, paten dan lain-lain. Tapi malangnya, ia dibuat oleh orang Barat bukan orang di Timur.

Image result for flying hoverboard
Tapi dalam bab kecam mengecam, bukan bangsa Melayu sahaja. Bangsa lain pun sama sahaja. Kecam mengecam. Apatah lagi semasa zaman berteknologi moden, semakin rancak dan mudah untuk mengecam. Nak mengata seseorang itu buat idea yang merepek pun mudah. 

Ia telah berlalu
Kecam-mengecam tentang kemajuan teknologi di negara maju seperti Jepun, Jerman, Rusia, Amerika Syarikat dan negara lain telah berlalu beberapa puluh tahun yang lalu. Sekarang, apabila mereka sudah maju, rakyat mereka lebih celik tentang ilmu sains dan sumbangan sains dalam memberi kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara/bangsa. 

Insya-Allah, negara kita pula selepas ini.  Kecam dulu, lama-lama majulah. Haih~

End of this title.





Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...