Skip to main content

"Aku Depress?"


Salah faham antara Depressed dan Depression

Mungkin dalam kehidupan seharian, kau selalu dengar orang cakap yang mereka depress atau paling common pun, kau sendiri cakap yang kau depress dengan kehidupan kau. Tapi bagi orang yang belajar psikologi, depress or depression is a specific name for a mental illness.

Jadi, bila mereka dengar perkataan depression disebut oleh layman, mereka kena interpret depression yang dimaksudkan oleh layman tersebut merujuk kepada overloaded stress or sadness. Eh, hmm jangan sangka perkataan layman itu merendahkan pembaca pula.

Situasi pertama:

“Aku rasa depress gila. Depression lah!”

Ohh. Kau pernah fikir nak bunuh diri?

“Tak ada doe sampai nak bunuh diri. Apa ni nak bunuh diri ...bla bla bla...”

Ohh.

Bukan depression. Hanya stress atau over-stress. Simptom depression adalah suicidal ideation.

Situasi Kedua:

“Depress sangat semalam!”

Ohh. Berapa lama tu depress?

“Semalam je lah.”

Ohh.

Bukan depression. Durasi simptom depression adalah sekurang-kurangnya dua minggu berturut-turut.

Dapat beza antara depression dengan stress bila baca situasi di atas? Walaupun bagaimana pun, over-stress yang berpanjangan boleh menyebabkan depression tapi mestilah ada simptom-simptom yang dizahirkan melalui behavior yang mana behavior tersebut menunjukkan kegagalan kefungsian dalam kehidupan seharian.


Simptom-simptom

Macam penyakit fizikal juga, ada simptom sebelum dikenalpasti. Contohnya, kanser. Penghidap kanser selalunya akan menghidap demam yang lama tempohnya. Kencing manis, pesakitnya kabur mata atau luka susah sembuh. Sama juga dengan penyakit  mental. 

Kegagalan kefungsian dalam kehidupan seharian bermaksud kau sudah tak lagi melazimi sesuatu yang kau biasa buat.

1. Hilang minat dalam sesuatu perkara yang dahulunya kau suka buat seperti main game, lepak, main handphone, jogging, dan lain-lain yang kau suka.

2. Tak suka makan. Bila makan, rasa macam nak muntah balik. Takpun kau memang  muntahkan semula.

3. Rasa kebas dalam kepala. Rasa kosong, takpun berat. Berat macam kepala kau 24 jam berfikir padahal baru waktu pagi.

4. Tiba-tiba kau menangis semasa dalam kelas, semasa sedang berjalan, dan lain-lain.

5. Hilang fokus. Zoned out. Atau kau lebih cenderung untuk berada dalam dunia sendiri.
6. Isolation atau withdrawal from circular friends.

7. Every morning is like another day to suffer.

8. Kau tak jaga diri kau. Grooming kelaut. Kau mandi atau tak, kau tak kisah.

9. Cepat letih.

10. Sunyi. Sunyi yang betul-betul sunyi. Bukan acah-acah sunyi sebab tak ada partner in crime ya.

11. Anxiety.

12. Kau tak boleh nak kawal diri kau. Loss control.

12. Suicidal thought.


Everything is fine?

Ada rasa mana-mana simptom ini sedang anda alami semenjak dua minggu yang lalu?

Kalau ada, jumpalah dengan mana-mana kaunselor atau terapi professional. Kalau student UIA, bolehlah booking di I-Maalum anda.

Jangan tunggu sampai jadi lagi parah. Jangan tunggu sampai suicidal thought itu benda pertama yang kita fikir bila bangun tidur. Jangan sampai bila kita nampak pisau atau tengok pergelangan tangan sendiri, rasa macam out of control.


Tak ada salahnya

Tak ada salahnya kalau nak bercerita. Bercerita kepada orang tak semestinya bermaksud kita lemah dan memendamkan perasaan tak bermakna kita kuat. Yang terbaik adalah sesiapa yang bijak menguruskan dan membawa perasaan tersebut ke tempat yang betul.


Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...