Skip to main content

Review Buku: Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal

Image result for afrika aku mai lagi

Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal

Aku rating buku ini 4.8/5 bintang.

Buku ini ialah sequel yang kedua kepada buku Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa (buku pertama). Dan saya terjumpa buku ini di Instagram terlebih dahulu berbanding buku yang pertama. Sebelum itu, biar saya cerita dulu kenapa saya tertarik dengan tajuk Afrika, Aku Mai Lagi.

Sebabnya ialah jarang-jarang sekali saya dapat menemukan judul anekdot yang menceritakan tentang benua Afrika hasil penulisan orang Melayu. Kalau ada pun, genre-nya bukan kepada anekdot atau travelog tetapi naskhah sejarah yang membosankan.

Kemudian, tajuknya tidak cliche’. Sering kali nampak di kedai-kedai buku, kebanyakkan travelog atau anekdot lebih kepada benua Eropah yang jelas kemajuannya. Tetapi, keadaan di belah benua Afrika tidak diketahui. Yang kita tahu hanyalah, apa yang diberitahu melalui media sahaja. Boleh jadi ia betul atau salah atau terhad kepada maklumat yang tertentu sahaja.

Okey, masuk ke review sebenar. Haaaa...

Pertama, pandai betul penulis ini catch attention reader pada bab-bab awal dengan peristiwa dan penggunaan ayat yang melucukan. Sungguh lucu sehinggakan saya boleh ketawa atau geli hati. Setidak-tidaknya, saya hanya senyum sahaja.

Penulis ini banyak mengembara ke banyak tempat semasa keberadaan beliau di Afrika. Beliau ada menceritakan tentang sejarah Afrika, genocide yang berlaku untuk penghapusan satu etnik oleh suatu etnik tertentu, korupsi yang melanda dalam kalangan pemimpin, budaya di sana dalam beberapa aspek kehidupan, kesan penjajahan yang masih terkesan sehingga ke hari dan lain-lain.

Sangat suka baca buku ini sebab penggunaan bahasa yang digunakan oleh penulis tidak terlalu kaku atau tinggi malah saya boleh ketawa. Tapi yang saya perasanlah, penggunaan ayat dalam buku ini agak brutal kalau mahu dibandingkan dengan bukunya yang pertama, Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa?

Saya dapat kesan perubahan pemilihan ayat dalam buku yang pertama dan buku yang kedua. Tapi tak mengapa, selagi mana tidak terlalu kasar dan melebihi limitnya, okey sajalah. Yang isinya jelas dan tidak tersasar daripada objektif asal.

Saya sarankan buku ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk meluaskan pandangan dan me-rekonstruksi semula perspektif salah yang tertanam dalam minda kita selama ini. Walaupun kita tak terbang ke Afrika, sekurang-kurangnya dengan membaca buku ini, dapatlah juga kita mencerna satu informasi baru.




Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...