Skip to main content

Psychological Defense Mechanism (PART I)


Maksud: Cara-cara kita sebagai manusia behave dan berfikir untuk melindungi diri kita daripada kerisauan atau anxiety.

Atau bahasa mudahnya, langkah-langkah yang kita ambil untuk menjarakkan diri daripada full awareness tentang unpleasant thoughts, behavior dan feelings. Boleh jadi, hari ini defense mechanism kita lain, esok lain pula.


Dan sebenarnya, setiap hari kita buat defense mechanism ini tanpa kita sedar. 


Ego’s attempt to “defend”


Jadi, sekarang dalam bab defense mechanisme, anda berada di bahagian subconcious dan unconscious level. 


Defense mechanisme ini ada tiga jenis iaitu, primitif (Primitive), pertengahan dan matang (Mature).

Primitive Defense Mechanism

1. Denial
Penolakan untuk menerima realiti atau perasaan yang sedang kita alami. Contohnya, kita rasa sedih sebab ada orang condemn kerja kita tak bagus. Perasaan sedih dinafikan dari dalam tapi dizahirkan melalui perbuatan yang mana orang lain boleh nampak seperti kita tak datang kerja selama beberapa hari.

2. Regression
Satu refleksi terus kepada earlier development apabila berhadapan dengan unacceptable, fearful, threatening thoughts or impulses.


Contohnya, bila orang tengah syok-syok shopping dalam mall tiba-tiba ada satu das tembakan dilepaskan. Orang itu terus duduk mencangkung sambil memegang kepalanya untuk lindungi diri.
Ianya seperti posisi bayi dalam rahim. 

3. Acting out
Melakukan satu perbuatan yang ekstrem seperti mencederakan diri sendiri untuk mengekpresikan perasaan atau fikiran yang dia tak mampu nak luahkan melalui cara-cara yang lain.  Kata lainnya, self-harming.

4. Dissociation
Menghilangkan diri daripada memori, persepsi diri atau suasana untuk mengelakkan daripada situasi yang bermasalah.

Kiranya macam cubaan untuk disconnect diri daripada dunia sebenar untuk defend daripada unbearable thoughts, feeling dan memori.

5. Projection
Meletakkan undesired thoughts, emotions, persepsi pada orang lain sedangkan sebenarnya kau yang rasa undesired thoughts, emotions, persepsi apa semua itu.

Didefinisikan sebagai, si A melihat unacceptable thoughts atau feelings dalam si B yang mana sebenarnya  perasaan tersebut hanya ada dalam si A sahaja.

When an internal impulse provokes too much anxiety, the ego must reduce that anciety by attributing the unwanted impulse to an external object, usually another person.[1]

Contoh yang diberi dalam buku Theories of Personality[2], A adalah seseorang lelaki manakala B pula seorang perempuan yang lebih tua daripada si A. A secara konsisten interpret si B menggodanya. Dia rasa macam perempuan itu suka kat dialah dan konon-konon dia tak ada attraction pun kat perempuan itu. Padahal dalam minda si A, dia tak habis duk terbayang sexual intercourse dengan si B.
Sort of like denial lah tapi attribute that denied feeling to other person.

6. Reaction Formation
Menukar unwanted feeling atau impulses kepada sebaliknya. Contoh, daripada benci kepada sayang. Daripada tak suka kepada suka.

Contoh, seorang anak ini sangat deeply resents her mother dan benci kat mak dia. (Reason behind tu aku tak tahulah. Aku bagi ikut contoh buku ja) Tapi sebab dia tahu demand masyarakat bahawa anak perlu affection kepada ibu bapa, perasaan itu fokus kepada opposite feelings.

Boleh apply kat cerita-cerita mak mentua yang jahat tapi menantu nak ambil hati mentua dia.

Kadang-kadang bila keterlaluan Reaction Formation ini, kau boleh jadi Stockholm’s syndrome atau mentally attached macam kisah-kisah si isteri attached sangat dengan si suami walaupun suami dia jenis kaki pukul.




[1] Feist, J., Feist, G.J, & Roberts, T.A. Theories of Personality (2018). Ninth Edition. McGraw-Hill Education International Edition.
[2] Ibid
Dirujuk juga pada website: https://www.slideshare.net/Lucia_Merino/15-common-defense-mechanisms

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...