Assalamualaikum, heyyy. Yeahh, tiba-tiba terkenang pula momen-momen masa umur 18-19 tahun. Masa ini, ada kat CFS PJ lagi untuk buat asasi laws. Dulu, memang zaman seronok. Hahaha. Join pula kelab ARC (Adventure and Recreational Club). Kelab ini memang popular lah dengan aktiviti outdoornya dan aku antara orang yang terpilih menjadi komiti. Jahat tak jahatnya aku ini, aku selalu join aktiviti tanpa bagitahu mak aku, takpun aku buat perangai. Hahaha, darah muda lagi masa ini. Kisah I: Kayak ke Pulau Kapas Lepas kayak kat laut. Masa ni semua legam sebab berkayak 2-3 jam kat laut. Nak pergi jugak Kayak ke Pulau Kapas. Ini first aktiviti masa semester pertama. Aku sungguhlah wei nak pergi. Hubungan dengan team-team dah rapat sebab kitaorang biasanya akan buat training like workout dengan jogging around CFS masa tu. Komiti lain pulak ramai yang pergi. Aduh... Our team Haa, masa itu student dapat elaun! RM1,200. Rasa macam dapat gaji we...
Nota-nota dari Bulan. Sejenis bicara yang dizahirkan menerusi kaedah digital, bukan verbal. Juga sejenis bicara yang lahir saat berjalan ke kelas atau di atas mana-mana tanah milik Allah.