Skip to main content

Kisah Trivial: Zaman Join Team Adventure


Assalamualaikum, heyyy. Yeahh, tiba-tiba terkenang pula momen-momen masa umur 18-19 tahun. Masa ini, ada kat CFS PJ lagi untuk buat asasi laws. Dulu, memang zaman seronok. Hahaha. Join pula kelab ARC (Adventure and Recreational Club). Kelab ini memang popular lah dengan aktiviti outdoornya dan aku antara orang yang terpilih menjadi komiti.



Jahat tak jahatnya aku ini, aku selalu join aktiviti tanpa bagitahu mak aku, takpun aku buat perangai. Hahaha, darah muda lagi masa ini.

Kisah I: Kayak ke Pulau Kapas

Lepas kayak kat laut. Masa ni semua legam sebab berkayak 2-3 jam kat laut. 


Nak pergi jugak

Kayak ke Pulau Kapas. Ini first aktiviti masa semester pertama. Aku sungguhlah wei nak pergi. Hubungan dengan team-team dah rapat sebab kitaorang biasanya akan buat training like workout dengan jogging around CFS masa tu. Komiti lain pulak ramai yang pergi. Aduh...

Our team 

Haa, masa itu student dapat elaun! RM1,200. Rasa macam dapat gaji weh tapi satu semester sekali. Hahaha. Jadi, berbekalkan dengan duit itu, aku beli barang-barang like beg kalis air dan participation fee guna duit tu lah.


Minta izin punya cerita

Pada malam hari, kami bertolak ke Terengganu dari CFS. Jadi, sampai di Terengganu waktu pagi. Pada waktu malam hari pertama di Terengganu, aku telefon mak. Aku bagitahu yang aku nak join kayak under team. Hahaha, ngek je kan sebab dah sampai Terengganu pun masa tu baru nak minta izin.

Mak aku soal macam-macamlah. Yalah, anak bongsu kan. Pujuk punya pujuk, mak aku bagi. Itupun berat hati. Mak aku dah kasi green light, aku cakaplah macam ni.

“Mak, sebenarnya munirah ada kat Terengganu dah ni. Esok terus kayak ke Pulau Kapas.”

Beng! Beng! Beng! Terkejut mak. Heeeee.....


Kesian mak tak boleh tidur

Bila dah balik ke CFS semula, aku telefonlah mak aku balik. Ucap dah selamat sampai gitu. Pastu mak aku bagitahu, hari itu masa aku bagitahu aku ada kat Terengganu, mak tak boleh tidur malam sebab fikir aku lemas kat tengah-tengah laut. Serba salah pulak aku.


Kisah II: Hiking ke Gunung Chemerong, Berembun, Langsir (CBL)



Cerita ini pun sama gak. Aku tak bagitahu yang aku nak pergi hiking tiga hari dua malam. Gigihlah aku cuba sembunyikan end up kantoi jugak. Tapi memang bestlah hiking ni sebenarnya, regardless tak minta izin parents. Hehehe. Janganlah buat perangai ni.

Sebelum hiking, aku diam. Masa hiking kat atas gunung tu lagilah aku diam sebab phone tak dapat detect coverage. Line apa semua tak ada.



Missed Call daripada Mak

Naik ja bas nak ke CFS semula, on ja phone mak aih ada 6 missed calls daripada mak aku, kakak aku dan phone rumah. Alamakkkk,.....

Dalam bas itu jugaklah aku call mak aku. Hmmm, aku ngakulah yang aku gi panjat gunung apa semua. Pada masa yang sama, aku peliklah kenapa ada 6 missed call je. Standard puluh-puluh missed call lah kan. Chewahh.


Call Engaged

Mak cakap masa mak call, panggilan engaged dengan menyatakan nombor aku di luar kawasan. Maknanya mak aku tahulah aku ada kat ceruk-ceruk hutan mana-mana sebab CFS PJ itu bandar. Kalau aku ada kat CFS, tak adanya call engaged. Kawasan luar bandar pulak tu.

Mak aku call seorang kawan aku, which anak kepada kawan mak aku. Kawan aku bagitahu yang setahu dia, ada satu kelab ini ada buat aktiviti panjat gunung. Dari situ, mak dah syak aku pergi ikut kelab tu. Hahaha, pandai sungguh. Mesti dah serik dengan style aku masa kayak ke Pulau Kapas.



Nak bakar baju

Lepas-lepas tu kalau aku nak join apa-apa, aku bagitahu je lah yang aku nak join aktiviti ni aktiviti tu. Antaranya rock climbing. Jahat beno pulak kalau tak bagitahu. Kakak aku siap cakap nak bakar baju yang aku dapat sebelum panjat gunung CBL tu. Kitaorang pakai baju tu masa turun dari CBL pada hari ketiga.

Nada kakak aku macam gurau. Tapi aku fahamlah apa yang dia maksudkan. Hahahaaa...

Macam lalang


Sekarang degree kat Gombak, aku tak join dah lah ARC. Pencen! Kalau tanya aku masuk kelab apa, aku pun tak tahu. Aku macam lalang. Sekejap masuk kelab ini, sem depan kelab lain. Tak tetap. 

Gambar dengan team.

Training!

Gathering ramai-ramai dengan student CFS Gombak dan CFS PJ.

Pasang khemah sambil tangkap gambar.

Rock Climbing, Gua Damai.

Nak pasang khemah.

Menu: Ayam masak Kurma

Jamuan raya 2015

 Mereka bawa baju Melayu, Jubah, Baju Kurung ke atas gunung!

Innocent je muka masa ini. 

Gegirls!

Mana-mana sungai kat CBL tu mesti depa nak mandi!





Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...

Review Buku: Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal

Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal Aku rating buku ini 4.8/5 bintang. Buku ini ialah sequel yang kedua kepada buku Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa (buku pertama). Dan saya terjumpa buku ini di Instagram terlebih dahulu berbanding buku yang pertama. Sebelum itu, biar saya cerita dulu kenapa saya tertarik dengan tajuk Afrika, Aku Mai Lagi. Sebabnya ialah jarang-jarang sekali saya dapat menemukan judul anekdot yang menceritakan tentang benua Afrika hasil penulisan orang Melayu. Kalau ada pun, genre-nya bukan kepada anekdot atau travelog tetapi naskhah sejarah yang membosankan. Kemudian, tajuknya tidak cliche’. Sering kali nampak di kedai-kedai buku, kebanyakkan travelog atau anekdot lebih kepada benua Eropah yang jelas kemajuannya. Tetapi, keadaan di belah benua Afrika tidak diketahui. Yang kita tahu hanyalah, apa yang diberitahu melalui media sahaja. Boleh jadi ia betul atau salah atau terhad kepada maklumat yang tertentu sahaja. Okey, masuk ke review sebe...