Skip to main content

Kisah Trivial: Si Gemuk yang busuk




Kalau kau rasa catatan ini fiksyen, teruskan rasa yang kau baca sesuatu yang fiksyen. Ataupun sebaliknya. Ikut suka kau.

          “Eh, kau dah gemuk. Busuk! Satu kelas boleh bau busuk badan kau!” kata-kata itu keluar daripada mulut kawan baik Mahirah sendiri.

Semasa kelas Pendidikan Jasmani, kalau ada acara lumba lari, pasti Mahirah jadi orang terakhir yang sampai di garisan penamat walaupun gigih dan kuatnya dia cuba berlari. Yang terlihat hanyalah lemak yang bergoyang dan langkahnya yang perlahan.

          “Hah! Hah! Hah!” Mahirah tercungap-cungap sambil membongkok sedikit kerana penat berlari.

Masa itu, sudah mula ada rasa malu sebab jadi orang terakhir sampai di garisan penamat. Dulu masa darjah 1,2 dan 3 tak macam ini pun! Siap jadi jagoh larian. Sekarang, Mahirah jagoh apa?

          “Juara lontar peluru jatuh kepada .....”

          “Mahirah binti Ramlan!!” suara emcee di corong pembesar suara bergema di padang yang luas. Disertai dengan sorakan gembira oleh ketua rumah sukan dan ahli-ahli kumpulan ‘biru’.

Menang lontar peluru sebab lengan besar, mungkin? Ada gunanya juga. Tapi busuk pula.

Selepas kelas Pendidikan Jasmani, sebaik sahaja Mahirah masuk ke dalam kelas pasti ramai murid tutup hidung. Termasuk budak lelaki yang Mahirah minat. Nama dia Luqman!

Mahirah tak bodoh. Pada usia yang awal, dia peka dengan emosi sendiri, perasaan yang mendalam dan lebih peka dengan reaksi orang lain. Mahirah tahu mereka semua tutup hidung sebab Mahirah berbau busuk! Busuk sebab peluh yang menitik keluar ketika sesi Pendidikan Jasmani tadi.

          “Eeee, Mahirah. Kau ni busuklah.” Ejekan itu seolah-olah mencakar-cakar gegendang telinga. Terasa disiat-siat hatinya.

Anehlah. Walaupun sudah tukar baju, daripada baju suka ke baju sekolah, tetap ada bau.

Kuat sangat ke bau badan ini? Kenapa aku tak bau apa-apa pun? Hmmm.

Perasaan tidak seronok datang ke sekolah itu sudah mula terbit dalam hati. Bukan tak seronok sebab kena belajar atau kena jumpa guru tapi Mahirah tahu dengan apa yang dia akan berhadapan nanti.

          “Assalamualaikum, mu’allimah!” bergema ucapan salam satu kelas. Muallimah (dalam bahasa Arab) maksudnya cikgu atau guru. Ketua kelas akan mengetuai ucapan salam kemudian diikuti dengan murid-murid lain dalam kelas.

Oh ya, Mahirah ini merupakan murid di sekolah agama swasta. Jadi, tak hairanlah kalau ucapan salam yang diucapkan berbanding ucapan ‘selamat pagi’ setiap kali guru masuk.

Selesai memberi salam, guru memberi izin supaya semua murid duduk. Disangkakan kerusi miliknya ada di belakang, Mahirah terus mendaratkan tubuhnya di atas kerusi.

          ‘GEDEBUK!’

Mahirah jatuh terjelepok di atas lantai. Kerusinya tiada di belakang!

Di mana ia? Rasanya semasa bangun sebelum memberi salam tadi, ia ada di belakang. Kalau ya pun, kerusi itu tidak akan pergi jauh.

Seorang budak perempuan yang dahulunya kawan baik Mahirah kini berkawan dengan tiga lagi budak perempuan lain. Kedengaran mereka berempat ketawa kecil apabila melihat Mahirah jatuh. Dan yang lebih memeritkan lagi, mereka lah yang menarik kerusi Mahirah ke belakang sehingga dia jatuh terjelepok. Sumpah ketika itu rasa macam mahu menangis.

Tapi apa kan daya. Mahirah lebih banyak menyimpan dan memendam apa yang dia rasa. Mungkin kerana dia fikir, ini kali pertama dia diperkenalkan dengan emosi sedemikian. Pedih. Perit. Marah. Sedih. Selama ini, layanan ibu bapanya sangat baik dan sangat prihatin terhadap dirinya. Ia seperti satu emosi yang baru tapi tidak menyenangkan. Jadi, emosi yang negatif ini terasa sangat berat dan memalukan.

Mahirah bangun dari lantai. Kemudian, dia tarik semula kerusi untuk duduk di atasnya tapi ditarik lagi oleh mereka berempat di belakang. Mujur Mahirah tak  duduk lagi. Kalau tidak, habislah jatuh untuk kali kedua.

Bayangkanlah. apa yang berlaku untuk hari-hari yang seterusnya. Tudung di kepala ini ditarik sehingga tercabut. Sampaikan anak tudung sahaja yang menutupi kepala kerana tudung ditarik. Belakang badan Mahirah dicucuk dengan jarum thumbstack dan ketika Mahirah bermain-main dalam kelas, mereka cuba menyadung kakinya supaya dia jatuh tersungkur.

Kenapa mereka buat macam itu kepada aku? Apa salah aku? Hanya kerana aku gemuk dan berbau? Sekarang sudah faham kenapa aku tidak mahu pergi ke sekolah?

Peristiwa yang paling memalukan yang Mahirah ingat sampai sekarang ialah ketika timbang berat badan. Ketika itu, Mahirah sudah berusia 12 tahun. Graduate sekolah rendah tak lama lagi!

          “Mahirah!” panggil cikgu kelas. Kebiasaannya cikgu kelas lah yang akan mengambil rekod berat badan dan tinggi anak-anak muridnya setiap tahun. Tumbesaran ketika fasa kanak-kanak dan remaja kan berlaku dengan sangat pantas.

Mahirah berdiri di atas alat penimbang. Berdebar-debar rasanya menunggu jarum penimbang menunjukkan berapa angka. Masa seakan-akan bergerak perlahan. Menghangatkan lagi debaran dan jantung yang berdetak di dada.

          “60 kg.” sebut cikgu di sebelah Mahirah sebelum mencatat angka tersebut pada buku rekod.

Seorang murid lelaki yang turut terdengar angka tersebut menjadi terkejut lantas menyebutnya lebih kuat.

          “60 kg? Beratnya!”

          Mahirah telan air liur sahaja. Macam satu kelas dia nak heboh. Habislah crush Mahirah dengar.

Dengan ketinggian 149 sentimeter dan berat badan 60 kg pada usia 12 tahun, tidak tergolong dalam BMI range yang normal. Obes. Gemuk dan pendek. Oh, tidak...

Pada umur 12 tahun ke bawah ini, percayalah, aku tidak bergantung emosi sangat kepada Allah. Iya lah, masa ini solat pun cuit-cuit kawan sebelah. Perkara-perkara asas dalam agama itu aku tahulah. Tutup aurat. Solat lima waktu itu wajib. Seperti nyanyian kumpulan nasyid, “Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa guna.” Begitu juga dengan cara ambil wuduk yang sempurna, baca doa itu doa ini dan hafazan surah juz’ A’mma.

Pada umur ini juga, tak wujud lagi momen tangisan sendu pada sepertiga malam. Yang paling aku tahu, petang-petang kejar motor pak cik jual dadih RM1.





Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak utama yang di

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari benu

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di antara dua insa