Skip to main content

Balancing Bad Vibes in Social Media – Or Real Life


Rasanya dalam dunia serba moden ini, memang sangat popular penggunaan hashtag dalam dunia maya ie social media. Dapat baca lah penggunaan hashtag ini sebenarnya sebagai shortcut untuk memberitahu sesuatu sama ada isu, perasaan, noun, verb, sifat benda etc (you name it). Antara hashtag yang wujud adalah .... itu ha, di tajuk berkenaan. #badvibes

Well, apa itu bad vibes?

Dengan ini, aku merujuk kepada Urban Dictionary bagi mendapat jawapan yang disepakati: 

1. Meaning all uncomfortable, uneasy, unsafe feelings. Bad vibes were those cautious "stay away, don't do it, don't trust it, watch out, be careful, keep on your toes" instincts that alerted us that something was not okay.
2. To worsen a person's mood; to annoy; to displease; to make weary; to cause discomfort or distress; to cheapen the mood or atmosphere; to give off a bad vibe

Senang cerita bad vibe ini memang berkait rapat dengan emosi dan thought kita. Itu saja.

But how we determine bad vibe?

Bukannya apa, semua orang ada opinion bad vibe yang tersendiri. Aku bagi contohlah, contoh je. Kalau korang jumpa kes-kes contoh yang aku ini kat social media atau real life korang, still fiction.

SITUASI PERTAMA

Ini untuk perempuan lah, kalau dia berselisih dengan orang yang kita baru kenal atau perempuan lain yang the heck tak senyum langsung, what we think of her? Garang. Rasa macam nak curse. Haha. And kita rasa there’s least chances she will become our friend.

SITUASI KEDUA

Aku – pernah – baca la – kat Instagram kan (Baca dengan nada slow), ada seorang perempuan yang letak gambar yang seksi juga lah ala-ala western style dan ada banyak komen-komen daripada rakyat jelata suruh dia supaya menutup aurat.  Semenjak ditegur, gambar-gambar dia banyak berhashtag-kan badvibes yang mana memaksudkan individu-individu yang tegur dia. [Faham-fahamlah kan ‘bahasa’ netizen macam mana.]

Rupa-rupanya perempuan itu merupakan student designer baju or Art & Fashion student di London. Gotcha! Bang bang bang.

SITUASI KETIGA

Individu ini seorang lelaki. Dia selalu menzahirkan pandangan dia terhadap isu-isu semasa di social media dalam bentuk short video. Jadi, aku yang tak tahu apa-apa pun jadi tahu (sikit-sikit) macam pasal isu Iqram Dinzly panggil Nabi Muhammad sebagai Che Mad, seorang artis perempuan suruh Iqram Dinzly ‘pergi bunuh diri’,  teacher mengamuk semasa meeting dan lain-lain.

Jadi, apa yang berlaku adalah one of my friends cakap this guy spread negative vibes by pointing out or mentioning related person in his short video and she hashtaged #unfollow. Aku pun – owhh – sebab aku tak rasa lelaki itu spread negative vibes. Dan dia ada reason sendiri. Okey. *Hands up* Next,..

Boleh conclude lah bahawa persepsi setiap orang tentang negative or bad vibe adalah berbeza-berbeza.

Bila ada #negativevibes atau #badvibes, there must reason(s) sama ada sebab-sebab tersebut ada pada diri kita atau pada diri orang lain.

Then, come to balancing the vibe perceived.

1. Bila orang lain mula mempersoalkan kenapa kita buat macam ini macam itu. Sekurang-kurangnya letakkan base atau strong foundation kenapa kita buat macam itu. Of course, kena strong. Supaya bila orang hentam, bukan ego yang menjawab persoalan-persoalan tersebut. Tapi foundation yang kita letak sebagai pegangan.

2. Setiap individu mempunyai worldview sendiri yang berbeza-beza.

Ada yang rasa, perempuan yang tak pakai stokin adalah isu yang besaq.

Ada pula yang fikir perempuan pakai sleeveless bukan satu isu pun.

Starting point of religious education bagi setiap orang berbeza-beza. Consider the parenting approach by his/her parents di rumah macam mana. (Err – kita skip part nafsu serta syiton yada yada)

Jadi, dua-dua pihak kena fikir. The one who post dan the one yang comment.

And the commenter, it is not easy to preach or ask someone to change their appearance by commenting on her social media (and use super heart-wreck words) when she get used to that way for 20 years or more and her parents never care how and what she wear.

Go learn effective communication.

2. Balance #BadVibes We Perceived with the #GoodVibes That Person Has Done Before

Hanya kerana post-post individu berkenaan sejak kebelakangan ini tidak selari dengan pendapat kita, kita terus nak hashtag negative vibes. Come on. Dalam puluh-puluh atau ratus-ratus post dia yang #goodvibes, kenapa bila dia salah sikit terus nak label dia, unfollow kemudian sebarkan kepada seluruh alam semesta ini?

Seimbangkan penilaian post-post #GoodVibes dan #Badvibes yang dia ada letak sebelum ini. Aku yakin banyak pandangan individu yang berkenaan selama ini ada juga yang sync dengan opinion kita. Why don’t kita seimbangkan? Mungkin di masa depan, pandangan dia lebih baik daripada yang kita sangka dan kita tak nak miss pandangan tersebut?

Okey, sampai sini sahaja. Ada part II, entahlah. Kalau hangpa nak tambah, boleh PM kalau siapa yang kenal. Nanti aku credit. Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak utama yang di

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari benu

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di antara dua insa