Skip to main content

Review Buku: Sayonara Jahiliah oleh Muharikah

Image result for sayonara jahiliah

SAYONARA JAHILIAH oleh Muharikah

Inilah antara buku yang buat aku ‘murung’ kejap bila aku satu part. Tak adalah. Hiperbola sahaja. Bahagian itu ada tulis yang main video game dan tonton cerita Naruto itu adalah perbuatan jahiliah juga. Aku tepuk dahi. Tak nak komen apa-apa untuk bahagian tersebut. Ha-ha-ha wink wink.

Okey, Sayonara Jahiliah hasil penulisan Muharikah di bawah penerbitan Iman Publication. Bukunya tak tebal. Sekitar 70 muka surat sahaja dan terkandung isi-isi yang menceritakan lebih mendalam tentang jahiliah itu sendiri. Aku suka bahagian atau bab yang mana penulis menceritakan tentang jahiliah menurut Al-Quran, ada empat;

1) Sangkaan Jahiliah (Zonni Jahiliyyah)

2) Kesombongan Jahiliah (Hamiyyatul Jahiliyyah)

3) Hukum Jahiliah atau undang-undang Jahiliah (Hukmi Jahiliyyah)

4) Perhiasan Jahiliah(Tabarruj Jahiliyyah)

Bagi aku, buku ini sesuai kalau pembaca ingin menambahkan pengetahuan tentang jahiliyah itu sendiri dan mungkin bersedia atau siap siaga plan untuk tinggalkan jahiliyyah. Yeah.

Konstruksi ayat dia pun okey. Aku faham dan, OK!

Haaaa, dan tak mudah juga nak tinggalkan jahiliyah. 

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...