Skip to main content

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho


REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO



S’sup, reader.

Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan.

Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha.

Buku ini nipis sahaja. Tak tebal.

Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceritakan bagaimana nak istiqamah sebab aku payah nau nak istiqamah oi. Kemudian ada lagi bab-bab lain yang penulis sentuh. Ada juga part-part yang aku tanda atau bookmark dengan penanda kecil untuk aku kembali merujuk semula muka surat tersebut suatu hari kelak.

Cuma satu yang aku mahu kritik sedikit. Ya Allah, jahat pula rasanya nak guna perkataan ‘kritik’ sebenarnya.

Dari segi bahasa dan penyampaiannya kurang memuaskan. Aku rasa sebab jiwa aku dengan jiwa penulis ini bagai langit dan bumi kot. Jadi, aku susah sikit nak menyelam dalam bait-bait perkataan yang tertulis. Macam tak sampai ke hati. Mungkin aku seorang sahaja reader yang macam itu. Tapi sungguh lah, aku suka point yang penulis ini tulis.

Good content.


Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...