Kisah si Sherlock Holmes Malaysia; Sherlock-laq
Kalau
kau rasa catatan ini fiksyen, teruskan rasa yang kau baca sesuatu yang fiksyen.
Ataupun sebaliknya. Ikut suka kau.
Aku John Watson. Kawan aku, Sherlock
Holmes. Tapi sebab kawan aku ini orang Malaysia, aku panggil dia Sherlock-laq. Baru aku
tau Sherlock-laq ini bukan setakat boleh menyiasat tapi ada ilmu kasyaf juga.
Ada satu hari itu, aku bangun pagi
lambat. Pukul 7.15 pagi baru aku bangun padahal aku dah set jam apa semua untuk
solat Subuh. Tapi aku tak dengaq apa-apa pun. Sumpah. Celik-celik dah pukl 7.15 pagi. Langit pun dah cerah. Wuih, aku cuak. Solat tak lagi.
Aku terus bangun, pergi tandas, ambil
wuduk dan solat Subuh. Petang itu, Sherlock-laq mai bilik aku.
Aku habaq kat dia, “Wehh, pagi tadi
aku bangun lambat. Hang tau dak aku Subuh pukul 7 lebih. Cuak betui aku.”
Sherlock-laq jawab, “Oh ya ke?
Lambatnya. Patutlah muka kau tak bercahaya.”
Uishh, hebat betui Sherlock-laq kasyaf ini. Muka
bercahaya tak bercahaya pun dia tau. Aku ingat, pasal muka bercahaya ini kerja
Tuhan ja. Rupa-rupanya manusia pun boleh juga.
Maka, betullah ‘The Science of
Deduction’ oleh Sherlock Holmes. Kalau muka hang tak ber’cahaya’, maka hang tak
solat. Sekarang hang tau kenapa aku panggil dia Sherlock-laq?
Comments
Post a Comment