Skip to main content

Ole-Ole Fikiran: Pandangan Filsuf (PART I)

Pandangan filsuf? Apa yang tertulis selepas ini adalah apa yang tercatat dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi dan aku hanya menambah mana-mana yang perlu.

Sebelum berganjak ke perenggan yang seterusnya, kalau mahu baca review buku Kisah 25 Filsuf Barat, bolehlah klik link Review buku: Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi.

 Tapi nak beritahu awal-awal beberapa perkara:

 Image result for kisah 25 filsuf barat

1. Bahasa yang digunakan oleh Matluthfi sangat santai dan mudah difahami. Tak perlu rasa payah atau susah nak hadam macam kita baca kitab tebal-tebal.

2. Setiap apa yang tertulis di sini adalah *kredit-kan* kepada Matluthfi atas bukunya. Pada masa yang sama, aku letak juga footnote yang menjadi sumber asal penulis. Selalunya footnote yang ada adalah tajuk-tajuk buku yang dihasilkan oleh filsuf-filsuf Barat.

3. Pandangan yang akan ditulis selepas adalah random sahaja. Ianya dipilih dengan apa yang baik-baik sahaja.


Plato

Image result for plato sketch

Kenal Plato? Plato merupakan salah seorang filsuf Barat yang dilahirkan daripada keluarga yang terkenal. Walaupun kehidupannya senang, dia tidak hanyut dengan keseronokan dunia atau hedonisme. Dia juga menyiapkan 36 buah buku.

36 buah buku kot. jangan main-main.

Image result for plato

Plato juga ada bercakap tentang sistem demokrasi.

Antara yang menjadi buah fikiran Plato adalah:


Pasangan yang baik

Ini kira bab paling ringanlah dalam banyak-banyak idea daripada Plato, iaitu mencari pasangan hidup.

Dalam bukunya Simposium[1], terdapat satu cerita di mana sekumpulan kawan sedang bercerita di sebuah parti makan malam sambil minum dengan banyaknya. Mereka bercakap tentang cinta, hubungan intim dan hubungan romantik. Plato berkata,

“Cinta sebenar ialah kekaguman.”

Plato memaksudkan orang yang kita pilih untuk bercinta ialah orang yang mempunyai sesuatu kualiti yang kita tidak ada. Apa yang kau tak ada, dia ada. Ececeh. 

Betul dak kalau kau suka seseorang, asas kepada perasaan tersebut adalah kekaguman terhadap karakter atau apa-apa sifat yang ada pada si dia? 

Dengan mendekati mereka, kita sedikit sebanyak akan mengambil manafaat daripada kualiti mereka untuk kebaikan diri kita juga. Tetapi pada masa yang sama kita perlulah membiarkan mereka memanifestasikan kualiti mereka itu.

Penulis; Matluthfi ada mengaitkan buah fikiran Plato ini mempunyai persamaan dengan hadith Nabi SAW:

“Orang yang berkawan dengan tukang besi akan mendapat bau besi. Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi.”

Jadi orang yang sesuai dengan diri kita adalah orang mampu membangun dan meningkatkan potensi dalam diri kita kepada tahap yang lebih baik, bukannya halang kita daripada buat itu buat ini hanya kerana budaya yang menyekat.

Seterusnya, kenapa manusia sukakan benda yang cantik?


Keindahan

Plato antara filsuf terawal yang membicarakan kenapa manusia sukakan benda yang cantik. Bagi Plato, benda-benda yang cantiklah yang membisikkan kepada kita kebenaran tentang kehidupan yang baik.

Hang jangan terbayang perempuan cantik itu hidung mancung, mata besar, bibir munggil. Itu semua kecantikkan objektif buatan Barat. Tak ada kena mengena dengan keindahan yang dimaksudkan oleh Plato.

Plato berkata, kita mendapati benda-benda yang cantik apabila kita berjumpa dengan kualiti-kualiti hidup yang tak ada pada kita. Contoh kualiti yang dimaksudkan ialah seperti keharmonian, kelembutan, keseimbangan, ketenangan, kekuatan. Benda-benda yang indah mempunyai fungsi semula jadi untuk mendidik jiwa manusia.

Kehodohan atau lawan sifat bagi keindahan pula dilambangkan sebagai benda yang berbahaya, sifat yang rosak yang menyebabkan kesukaran untuk mencapai ketenangan dan kebaikan.

Kalau dalam Islam, ianya sama dengan sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah. Sesuatu perbuatan yang menunjukkan ketinggian moral dan adab memaksudkan keindahan. Daripada keindahan itulah, boleh capai ketenangan dan sebaliknya.

Plato juga melihat artis sebagai potensi untuk menghasilkan satu karya yang terapeutik dan menenangkan.

Kau jangan ingat artis yang dimaksudkan oleh Plato ini adalah artis-artis moden yang hang duk tengok kat televisyen pukul 7 malam itu. Artis-artis yang dimaksudkan oleh Plato adalah terdiri daripada sasterawan, pelukis, novelis, pembikin filem dan penerbit televisyen untuk membantu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik. 




[1] The Simposium (385 SM – 370 SM 0



Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...