Skip to main content

Review Buku: Sains-lah oleh Saintis Muda




Sains-lah oleh Saintis Muda

Buku ini aku bagi rating 4/5. Sebab memang bagus. Buku ini memang suggested supaya dibaca oleh pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin meneruskan pengajian mereka dalam bidang Sains. Sebab kandungan dalam buku ini menceritakan ke mana hala tuju bidang Sains.

          Tak bermakna kau ambil Fizik, kau hanya akan jurutera.

          Tak bermakna kau ambil Kimia, kau akan jadi farmasi.

          Tak bermakna kau ambil biologi, kau akan jadi doktor.

          Selain menjadi para professional, boleh juga jadi para penyelidik atau saintis!

Buku ini sebenarnya compilation artikel-artikel oleh saintis. Sebenarnya dari dulu, aku langsung tak tahu apa kerja saintis. Apa yang mereka buat? Soalan-soalan sinikal macam itulah bunyinya. Jadi, bila kau baca, kau akan tahu rupa-rupanya rangkaian internet 4G adalah antara hasil penemuan saintis juga. Begitu juga dengan pembuatan Panadol.

Paling suka part geologi di mana saintis mengkaji lapisan-lapisan atmosfera bumi. Lapisan mana yang sesuai untuk letak setelit dan apa yang berlaku pada ion-ion pada lapisan tertentu sebelum berlakunya gempa bumi atau tsunami. Jadi, berdasarkan data-data yang diperoleh dariada satelit, para saintis dapat kesan gempa bumi beberapa hari sebelumnya kemudian dapat beri amaran kepada penduduk.


Credit: Gambar Google

Okeylah. Bila baca buku ini, ada sesetengah bahagian itu macam “Hmm, aku tak faham apa itu Proten Bt.” Ha-ha. Tapi tak apa, teruskan membaca. Sebab di bahagian lain, ada banyak lagi input yang aku mungkin boleh kaitkan dengan apa yang aku baca tadi. Normal lah kalau baca tak faham. Dengan term-term sains dia yang kau baca tapi tak tahu apa. Tapi, percayalah. Teruskan membaca, nescaya akan puas.

Buku ini juga aku suggest-kan kalau pembaca nak jadi seseorang yang celik sains. Bila pembaca makan ubat, pembaca akan ingat ubat adalah hasil penemuan pakar perubatan yakni saintis juga. Bila pembaca guna internet 4G, pembaca dapat kaitkan bahawa ia adalah kejayaan saintis komputer.

Seronoklah baca. Pembaca akan realize-lah juga bahawa saintis ini tak semudahnya nak hasilkan inovasi setiap tahun. Mereka perlukan kepada bacaan jurnal, kajian, dan penilaian sebelum hasil penyelidikan mereka dapat dipatenkan dan diguna pakai. Nak buat Panadol pun ambil masa 64 tahun penyelidikan sebelum ia dikomersialkan secara rasmi. Aku rasa macam ‘pergh’. Aku telan panadol macam gitu je tapi disebalik itu, usaha saintis aku tak tahu pun.


Credit: Gambar Google

Saintis tak semestinya menghasilkan kereta terbang atau pedang laser macam Star Wars. Tapi, mereka menghasilkan apa yang baik untuk alam sekitar dan memudahkan kehidupan manusia. Dan semestinya memerlukan kajian yang lebih mendalam sebelum dipatenkan. Boleh jadi berpuluh-puluh tahun lamanya.

Turut diceritakan juga, stigma dan pandangan serong yang dilontarkan kalau kau nak jadi saintis. Sebab saintis bukan satu pekerjaan professional. Jadi, orang tak nampak pekerjaan saintis mampu buat duit atau menyelamatkan siapa-siapa yang nak jadi saintis daripada gelora ekonomi yang turun naik. Sedikit sebanyak pembaca dapat serap nilai macam mana saintis muda ini menempelak persepsi sebegitu.

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak utama yang di

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari benu

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di antara dua insa