Skip to main content

Ole-Ole Fikiran: Goal; Perlu heboh atau tak?

GOAL : Perlu heboh atau tak?

Atau bahasa mudahnya, resolution atau next move kita. Next move? Bukan flirting lah. Mungkin kita selalu dengar We should keep our goal secretly only to ourselves, kemudian kita pun bermazhab kepada ayat tersebut. Percaya atau tak, idea ini terpecah kepada dua mazhab (pandangan):

Pertama: Bagitahulah next move atau goal kau kepada orang lain. Contoh, kau nak kurus, atau nak dapat dean list (ini aku bagi contoh student life aje lah)

Kedua: Keep it yourself.

Ingat, tak semua orang dilahirkan serupa. Kedua-duanya tak ada salahnya kalau bijak seimbangkan antara kebaikan dan keburukkan yang sedia ada baik secara emosional atau secara materi.  Yang penting, kena tahu diri sendiri itu macam mana.

Awal-awal aku nak letak disclaimer, kau kena kenal diri kau macam mana. Boleh jadi, memberitahu goal atau idea itu baik untuk kau. Dan boleh jadi, ianya tak baik. Semuanya sama ada kerana personaliti, kekuatan kepercayaan, usaha, halangan yang mendatang dan lain-lain.

 “AKU PUNYA GOAL!”
YANG JENIS SUKA BAGITAHU:

1. Kau memang akan usahakan sehabis mungkin sampai berjaya membuahkan hasil sebab kau dah cakap kepada orang lain. Sebab bagi kau, motivasi itu wujud hasil daripada kau memberitahu kepada seseorang.

2. Kau memang tak kisah bila kau tak bagitahu, berjaya atau tak berjaya, kau memang tak kisah. Yang penting, kau hanya nak bagitahu.

3. Kau rasa oblige untuk menyempurnakan goal tersebut sebab kau rasa apa yang kau bagitahu itu adalah air muka kau atau stand kau. Jadi, kau tetap mahu akan capai juga. Atau kau akan dapat malu.

 “AKU PUNYA GOAL!”
DALAM HATI PUN DAH CUKUP:

1. Ada orang, bila dia tak bagitahu goal dia kepada orang lain, dia jadi lagi motivated untuk bekerja keras bagi merealisasikan goal tersebut sebab baginya, itu antara dia dengan diri dia sendiri. Jadi, dia memang nak buat bersungguh-sungguh. Sedikit sebanyak itu menunjukkan personaliti orang tersebut.

2. Mungkin kau rasa kau cuma hanya akan sembang kencang je nak buat itu nak buat ini, tapi tak ada improvement atau pun tak jadi apa pun. Goal atau next move kau punyalah macam ribut tsunami tapi end up usahanya dan hasilnya macam sederas water dispenser.  Buat malu je. Daripada fikiran itu, kau rasa macam, hmm, baik kau simpan sendiri.

Beritahu atau tak bagitahu goal kepada orang lain tak menjanjikan keberjayaan goal tersebut, tapi bergantung kepada:

1. IZIN ALLAH. Ha-ha ya lah.

2. MOTIVASI:

Motivasi adalah kecenderungan yang melonjak naik dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah atau jarang-jarang kita lakukan manakala habit adalah sesuatu norma yang menjadi rutin harian. Jadi, kalau member kau jogging selepas subuh selama 44 hari berturut-turut, boleh lah kau guna ayat ‘merutinkan’ jogging bukan ‘ter-motivasi’ untuk berjogging pada waktu sedemikian setiap hari. Melainkan kau tanya macam mana dia termotivasi untuk first time jogging selepas subuh?

Berbalik kepada motivasi, motivasi memerlukan sumber. Dan sumber itu daripada diri kau sendiri melalui ransangan stimulus yakni pancaindera.

Boleh jadi, sumber itu daripada seseorang yang berkongsi cerita dengan kau bahawa dia dahulunya miskin, kini sudah kaya menerusi MLM.

Boleh jadi, sumber itu daripada mata kau yang melihat ibubapa menoreh di pagi hari dan pulang lewat malam demi mencari sesuap nasi.

Dan boleh jadi, sumber motivasi itu datang selepas kau menatal skrin pada aplikasi Instagram sambil melihat jejaka atau perempuan dengan abs dan toned muscle. Allahu! Insecure baqhang. Esok pagi, aku nampak kau jogging lepas Subuh.

Jadi, carilah sumber motivasi yang boleh menginspirasikan goal kau.

3. PERSONALITI atau HABIT:

Ada orang, dia bagitahu atau tak bagitahu, goal dia tetap tercapai.

Dan ada juga orang, dia bagitahu atau tak, goal dia tetap tak tercapai.

Daripada hasilnya, boleh check habitnya macam mana.

Mungkin dia memang seseorang yang suka sembang kencang tapi usahanya pancit. Atau banyak idea tapi kekurangan sumber yang berkeupayaan untuk merealisasikan goal tersebut.

4. DUGAAN YANG MENDATANG

Tak semuanya goal yang tak tercapai itu salah kau. Kau cakap kau nak kurus, tapi sebab kau ada hypothyroidism, ia menambahkan dua kali ganda kesukaran untuk kurus. Sama ada ia adalah halangan yang ‘dalam kawalan’ atau ‘di luar kawalan’ kita, kena kenal pasti supaya dapat adjust semula goal itu within reasonable range.

5. THE LAW OF ATTRACTION:

Kalau korang kenal Faiz Dickie, dia antara orang yang memberitahu goal dia di media sosial yang dia nak jadi pensyarah suatu kelak dan pemberitahuan tersebut dibuat pada 2014 atau 2012 (aku tak ingat tahun bila). Pada tahun 2017, dia dilantik menjadi pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Dia sangat menekankan The Law of Attraction yakni keyakinan dan kesangkaan yang kuat bahawa dia akan menjadi pensyarah. Tak ada fikir sama ada dia layak ke jadi pensyarah atau tak. Yang dia hanya fikir, suatu hari nanti dia akan jadi pensyarah. Gitu.

Macam positivity. Tapi tak. The Law of Attraction ini macam “You will get what you think”

6. POSITIVITY:

Berbeza dengan Law of Attraction, positivity lebih kepada kau percaya semuanya akan okey belaka regardless dugaan yang menghimpit. Macam ‘All is Well’ padahal kau tahu banyak benda tak kena. Tapi kau tetap positif.

Ada sesetengah para filsuf (philosopher) mengatakan positivity sepanjang masa pun tak baik juga. Ada masanya menjadi pessimist baik untuk keadaan tertentu.[1]

7. PLANNING ATAU STRATEGI:

Ini banyak orang lacking dalam menghidupkan goal yang ada. Kalau goal kita itu SESUATU, maka perlu ada planning (1), (2), (3).
Aku ambil contoh paling mudah

NAK KURUS:
(1) Consult dietitian.
(2) Jogging 30 minit setiap hari selepas Asar.
(3) Lebihkan sayur dalam hidangan makanan.
(4) Cari kawan yang boleh jogging sama-sama.
(5) Cari kawan yang tak bahan kau bila kau kata ‘diet’.
(6) Mungkin kau boleh bersembang dengan orang berjaya kurus untuk menyuntik aura inspirasi.

GOAL?

Baik beritahu atau tak?

Pertimbangkan kemampuan atau keupayaan dirimu sendiri. Kenali personaliti dan tahap standard yang ditanamkan dalam diri.

Boleh jadi, sudah ada motivasi dan planning yang cukup tapi dek kerana halangan yang mendatang, terbantut goal tersebut.

Boleh jadi, hanya ada planning dan strategy untuk goal #flawless pun senang tercapai sebab orang yang tolong buatkan. Nasiblah kau kaya, duit ada. Senang nak pergi MyClinic untuk facial yang harga RM200+ satu sesi.

Well, what’s your 2018 goal? Datang kelas awal.




[1] 25 Filsuf Barat (Mathlutfi, 2017)

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak utama yang di

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari benu

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di antara dua insa