Skip to main content

Review Buku: Islam di Barat, Muslim di Timur oleh Zulkifli Hassan

Image result for Islam di Barat Muslim di Timur

Islam di Barat, Muslim di Timur oleh Zilkifli Hassan

Buku ini pun antara buku favourite aku juga walaupun pada awalnya, aku ada juga terfikir ,”Adoi, beratnya content dia!”. Sebab masa itu, aku baru nak berjinak-jinak dengan dunia bacaan dan memulakan zaman peralihan daripada membaca skrin kepada membaca sebuah buku. Sumpah tak senang nak hadam.

Buku ini menceritakan pengembaraan penulis ini ke banyak negara-negara baik negara timur atau negara barat atas tujuan rehlah ilmiah. Dia adalah orang ABIM, mak aku  pun orang kuat ABIM. Jadi, beria-ria jugalah mak aku ajak dengar talk dia beberapa bulan yang lalu. Masa dengar talk penulis ini, aku cukup kagum dengan ketamadunan dan kecergasan asli manusia yang dia sampaikan. (Kecergasan asli lawannya artificial intelligence)

Rehlahnya menceritakan penulis menemui tamadun Barat yang majoritinya tidak beragama Islam tapi berpegang kepada adab-adab dan etika Islam manakala di negara yang majoritinya Muslim tidak berpegang kepada adab-adab dan etika Islam dalam kehidupan seharian seperti tidak menjaga kebersihan, ketidaktepatan waktu dan lain-lain.

Mula-mula aku bosan betul baca buku dia. Tapi lama-lama bila baca buku dia, aku mula tertanya-tanya apa sumbangan yang aku dah bagi kepada masyarakat atau kepada dunia?

Sedikit demi sedikit apa yang dibaca, akan mengubah pandangan kau dan persepsi kau tentang hidup. (Walaupun aku pun kadang-kadang hanyut juga dengan dunia fana ini.)

Sesi muhasabah bermula seketika bila kau baca buku ini. Kau akan fikir kenapa orang Islam kurang memanfaatkan ilmu dan kau hanya terlopong melihat ilmu dicari gali oleh mereka yang bukan Islam? Selepas itu, tak payah sembanglah kalau kau hanya cakap biarlah diorang maju, end up orang kafir masuk neraka. (Aku cabai mulut hang)

Tapi penulis ada cakap, kemajuan di negara-negara maju ibarat excellence with soul. Yakni memilih kejayaan dengan absence of God. Tapi berbalik kepada negara Islam, pusing-pusing tang politik, wahabi, bidaah dan lain-lain.


Mungkin suatu hari kelak, kita patut ubah topik lain?


Aku cadang korang semua bacalah buku ini. Walaupun bukan aku yang tulis, mungkin suatu hari nanti korang pula akan menulis buku serupa genre dengan penulis ini. 

Aku rate 5 bintang. 

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Review Buku: Momen-Momen Matluthfi oleh Matluthfi

Momen-Momen Matluthfi oleh Matluthfi Rating 3.8/5 bintang. Hahaha. Kalau korang tahu karakter dia macam mana, lawak kering pastu sarkastik, bolehlah jumpa lawak dia dalam buku ini juga. Frankly, buku ini macam memori dialah. Tapi ayatnya disusun seolah-olah berkomunikasi dengan pembaca. Memanglah berkomunikasi dengan pembaca tapi pembaca tak akan rasa macam baca novel. Kadang-kadang sampai tersengih-sengih sorang-sorang jugaklah bila teringat balik lawak dia tapi ada jugak sesetengah lawak yang aku tak faham. Kemudian sampai hujungnya aku masih tak dapat nak brain lawak yang dia maksudkan. Serius! Jadi, terkubur je lah bait-bait lawak yang dia nak sampaikan. Lawak dia nak sampaikan bukanlah lawak bodoh tapi lawak yang berisi dan nadanya sarkastik sikit. Hahaha itupun kalua korang dapat brain apa yang dia nak sampaikan. Kalau tak nak brain juga, tak tahulah nak kata apa. Frankly, buku ini macam memori dialah.  Kalau korang baca buku ini, cepat ajelah nak...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...