Skip to main content

Move On: Senang tak?

Move on, guys?
SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS:

1. Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on.

2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah.

Move on: Senang tak?
Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah. 

Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on?
Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya.

Jenis-jenis Move On
Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di antara dua insan. Boleh jadi sudah confess kepada orang tersebut tetapi tak terbalas atau dibiarkan sahaja perasaan tersebut terkubur. Senang cerita, tepuk sebelah tangan – tak akan berbunyi.



Move on ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia tidak hanya makan masa selama beberapa hari, atau beberapa minggu. Boleh jadi beberapa bulan atau beberapa tahun.

Ada orang, boleh move on selepas beberapa bulan. Ada orang sampai bertahun-tahun. Aku pernah kenal orang, dia ambil masa 3 tahun untuk move on.

Adakah semua orang merasai perasaan Move On itu sama?
Tidak. Sudah tentu tidak. Setiap orang yang ada di dunia ada kadar endurance atau degree of feeling yang berbeza.

Walaupun A dan B sama-sama pernah merasai pengalaman berpisah, perasaan yang A rasa tak sama dengan perasaan yang B rasa. Over-sensitive person can be deeply affected. Mereka boleh bercakap tentang perkara yang sama tetapi tidak boleh merasai degree of feeling yang sama. Senang cerita, tuan badan sahaja yang tahu.

22 Langkah untuk Move On?
Perhaps ‘22 Langkah untuk Move On’ boleh membantu. Tapi tengok keadaanlah. Kalau breakup sebab bergaduh dan asyik diganggu atau jadi orang yang ‘mengganggu’, better block dia terus dalam segala medium komunikasi. Gambar atau hadiah apa semua, sila buang. Nanti throwback je memanjang. Tak payah nak stalk media sosial bekas kekasih, nanti perasaan itu jadi kuat semula.



Yang berkaitan: 22 Cara untuk Move On

Tapi kalau hubungan ‘macam’ kawan tapi tak ada siapa-siapa make a move, sila jalan. SUARA GPS: Jalannn terus – jalannn terus – jangan pusing belakang. 

Cara move on pun lainlah. Buat macam biasa. Tak perlu nak block atau bersikap dingin. Be professional dan bertindak mengikut situasi yang berlaku. Tapi tak bermakna kau tak sedih. Perasaan berduka cita itu haruslah ada.


Awal-awal fasa move on, mungkin mood itu macam roller coaster. Brain wave pun dah tahap kritikal.

Force yourself to move on?
Slow-slow terima keadaan yang telah berlaku and you don’t have to force yourself to move on. The stronger the force you push yourself to move on, the stronger the pain you will feel. Chewahhh. Euw~

Bukannya apa. Dalam ilmu psikologi pun ada suruh kita terima dulu keadaan yang berlaku. Kalau kau duk push diri hang supaya lupa, kau akan jadi lagi ingat, Sebab kau punyalah gigih nak deny perasaan suka dan sayang yang masih ada. Kalau masih suka tu, suka je lah. Tak pasal-pasal drama pulak.


Relaks-lah. Time will heal. Awal-awal itu rasa macam tak berguna pun quote time will healmacam bagi semangat kosong, tapi lama-lama kau akan rasa berguna rupanya quote ini.

Apa sebenarnya maksud Move On?
Image result for move on

Bila kau dah move on, tak semestinya kau terus amnesia pasal dia. Tak bermakna, kau tak ingat langsung apa-apa pasal dia. Nama dia pun kau tak ingat. Menipu beno. Ini memang betul-betul drama. Move on itu :

1. Kau boleh rasa macam, perasaan itu sudah berkurang sikit.

2. Kalau kau terserempak dengan dia pun, kau mungkin akan acknowledge dia dalam hati, “Eh, dialah yang kekasih pujangga aku dulu.”, atau “Eh, macam kenal.”, tapi tak bermakna kau nak kat dia. Kau hanya acknowledge.

3. Kau dapat rasai bahawa kau sudah mula kurang aware dengan kewujudan ‘dia’ dalam radius yang terdekat.

4. Dalam kemajuan teknologi ini, kau sudah kurang stalk dia kat media sosial. Jeng jeng jeng~ SUARA GPS: Sila private-kan akaun anda. Sila private-kan akaun anda. Sila private-kan akaun anda.

5. Paling advance bila, kau terserempak dengan ‘dia’ kat tepi jalan. Beberapa langkah lepas itu, kau tak drag thought kau tentang dia. Uishhh...

Okey. Sudahlah.

Immune dengan Move On?
Banyak kali kena reject atau banyak kali move on tak bermakna kau akan jadi seseorang yang kebal atau imun dalam menghadapi emosi dan perasaan yang bergelora ombak badai. Ingat ini penyakit ke nak imun imun?



Kau tetap akan tersungkur kejap. Kalau kau duk stalk dia, tengok gambar-gambar dia lagi, lama sikitlah tersungkur.

Everything that happens in your life is always a new experience even though it is a repetition of the previous events.

Okey. Boleh retweet ya, guys.

Selagi kau membesar, kau akan develop emosi, mental state, perasaan, buah fikiran, kesedaran serta visi dan objektif hidup yang semakin berkembang dan berbeza.


Break up semasa umur 16 tahun sudah tentu berbeza rasanya berbanding break up semasa umur 26 tahun.

Masa umur 26 ini hang dah fikir nak berumah tangga, nak bawak bakal zaujah jumpa mak tiba-tiba putus. Hmmm.

Masa bercinta umur 16 tahun, kau fikir apa? Dating tempat mahal-mahal – duit mintak kat parents - pastu masuk Instagram?

Berbeza rasanya. Masa umur 16 tahun, tiba-tiba putus cinta, maka hilanglah tempat untuk bermanja-manja, keluar sama-sama, tukar emoji love sama-sama. Move on pun sama-sama. 

Umur 26 tahun? Visi pun sudah berubah. Itupun kalau kau seorang yang matanglah. Maka, move on itu kau rasalah sendiri macam mana.

Adakah Kadar Spiritualiti Memberi Kesan Dalam Mengharungi Move On?

50-50. Kenapa?

Tengoklah cognitive (Pemikiran) seseorang itu jugaklah.


Image result for prayer

Kalau kau memperbanyak amalan spiritual semasa proses move on ie solat taubat, solat tahajjud, solat rawatib apa semua kau bedal tapi cognitive kau berharap semoga dengan amalan tersebut, terbuka hati ‘si dia’ untuk terima kau semula atau get back, atau semoga terbuka pintu jodoh antara kau dan ‘dia’, pun tak jalan jugak. Masih berharap, kan sakit?

Cognitive yang lebih Islamik sikit mungkin cakap, tak ada jodoh, sudahlah.

Atau, kalau ada jodoh, adalah. Ini ayat friendzone. Suara GPS: Jalan terus. Jangan pusing belakang.

Senang cerita, cognitive dan behavior (perbuatan) kau kena tally.

Positive Cognitive: Allah nak bagi yang terbaik untuk kau. Acceptance to the current situation.

Positive Behavior: Join charity club. Tak dengar lagu sedih-sedih. Tak stalk gambar dia dah. Tak mesej nak ngorat dia lagi. Lepak dengan member. Kau pergi melancong ke.

Taraaaa. Aku rasa dah banyak sangat dah tulis ini. Sekali-sekala sahajalah aku akan tulis isu pasal soal perasaan-perasaan ini.


End of this title. 

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak utama yang di

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari benu