
Laki
Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal
Rating saya bagi 4.8/5 bintang.
Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku
Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu
berbanding yang pertama.
Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya
yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain.
Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk
membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis.
Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku
ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu
berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.
Saya mula rasa
warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita
berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari benua
lain yang sememangnya berkulit gelap.
Kemudian, isu rasisma dirasakan dalam perkahwinan
penulis dan suaminya serta tempiasnya turut terkena kepada anak-anaknya juga
ketika bersekolah di sekolah kebangsaan. Antara kesan yang dirasakan, mereka
diajukan dengan soalan yang berbaur lucah, menjatuhkan, diskriminasi, buli
terhadap anak-anak dan kesan psikologi daripada buli tersebut.
Penulis ada menceritakan tentang budaya di Afrika
kesan daripada penjajahan dan dapat dilihat kesannya dalam budaya perkahwinan
mereka. Isu-isu Islam seperti poligami turut disebut oleh penulis.
Dan lebih menarik, sebahagian daripada royalti buku
ini adalah didermakan kepada tabung sekolah yang akan dibina di negara
suaminya.
Comments
Post a Comment