Assalamualaikum w.b.t Kalau bab ini memang aku boleh tulis
berdasarkan pemerhatian sebab saudara mara aku ada yang tinggal di KL, dan ada
juga yang tinggal Kedah. Aku pula tinggal di Ipoh (sub-urban), maka dapatlah
merasa kenduri kahwin di ketiga-tiga tempat ini.

Bila
baca ini, dilarang sama sekali bersangka yang aku ini cuba
membanding-bandingkan kenduri-kenduri yang ada tapi fahamilah bahawa aku hanya
menceritakan.
Bandar
(Kuala Lumpur)
1. Setakat ini kenduri kendara yang aku pernah pergi, kebanyakkan kenduri kahwin di buat di dalam dewan yang serba besar, mewah, dihias cantik dan berpendingin hawa. Kalau ada yang buat kat depan kawasan rumah pun, tak banyak. Aku pernah hadiri satu sahaja kenduri yang dibuat depan kawasan rumah. Yang lain semuanya kat dewan takpun kat hotel celah mana.
1. Setakat ini kenduri kendara yang aku pernah pergi, kebanyakkan kenduri kahwin di buat di dalam dewan yang serba besar, mewah, dihias cantik dan berpendingin hawa. Kalau ada yang buat kat depan kawasan rumah pun, tak banyak. Aku pernah hadiri satu sahaja kenduri yang dibuat depan kawasan rumah. Yang lain semuanya kat dewan takpun kat hotel celah mana.
2. Semua tetamu yang datang semestinya datang dengan pakaian yang terbaik. Kalau perempuan, fesyen baju pun tahap aku tak pernah tahu. Pastu confused siapa yang kahwin sebenarnya, Kalau lelaki, tuksedo paling gah lah, Paling biasa pun, baju batik atau baju yang berjenamalah.
3. Makanan yang dihidangkan huhuuuu banyak jenis. Desert
sampai berjenis-jenis. Main menu pun berjenis-jenis. Kenyang perut. Balik rumah
terbongkang.
4.
Semua makanan adalah di-order (under catering) atau di-sponsor.
5.
Most likely tetamu akan makan dan duduk di kenduri kahwin sampai habis majlis.
6. Wajib ada kerusi untuk bersanding dan boleh dilihat oleh khalayak tetamu. Tempat persandingan dihias secantik-cantiknya. Pakej beribu-riban dik oi telan gaji sepuluh bulan.
7. Kadang-kadang siap ada karaoke lagi kat dewan itu. Pening lah kepala dik non dengar.
8. Sangat formal macam bila pengantin masuk ke dalam dewan, semua tetamu kena berdiri. Tak pun lampu ditutup dan spotlight akan tersuluh pada pengantin sahaja.
Sub-urban
(Ipoh)
Ini
sebab aku tinggal kat Ipoh, bolehlah cerita. Ipoh ini bukanlah bandar sangat.
Bukan juga luar bandar. Cukup untuk memberi kehidupan yang sederhana dan
bahagia.

1.
Venue kenduri kahwin fleksibel. Nak kata majoriti kenduri kahwin buat kat
dewan, tidak juga. Nak kata majoriti kenduri kahwin buat kat depan kawasan
rumah pun tak juga. Sedang-sedang. Ada yang buat kat dewan. Ada yang buat di
depan kawasan rumah. Sama banyak.
2. Kalau buat kenduri kahwin kat dewan pun, dewan itu tidaklah terlalu mewah. Cukuplah sekadar ada pendingin hawa, ada bumbung untuk elak cuaca buruk dan keluasan yang sederhana untuk cater tetamu yang datang.
3. Fesyen baju tetamu. Hmm, setakat ini ada yang fesyen baju perempuan up-to-date yang aku tahu. Ada yang pakai jubah. Ada yang pakai baju kurung. Yang pasti tak ada yang terlampau seksi. Kalau seksi sangat, siaplah kau tetamu pandang semacam. Kalau lelaki, memang tak ada yang pakai tuksedo melainkan kalau dia yang jadi pengantin. Baju formal je.
4. Makanan yang dihidang pun banyak jenis. Desert ada. Makanan utama pun wajib ada. Desert selalunya bubur. Nyum nyum nyum. Aku suka bubur. Bubur jagung atau bubur gandum.
5.
Semua makanan adalah di-order (under catering) atau di-sponsor atau ada booth.
6. Tak wajib sangatlah untuk ada tempat bersanding. Ada tu ada juga. Tempat persandingan dihias secantik-cantiknya. Pakej yang masih reasonable lah. Cukuplah dapat duduk dan melihat tetamu-tetamu jelata di bahagian bawah dewan.
7. Tak ada karaoke. Fuhh, nasib baik. Tapi ada DJ yang tak berhenti cakap daripada pagi sampai petang.
8. Tak seberapa formal. Pengantin kat sebelah aku pun aku tak tahu. Eh, tapi bukan pengantin lelaki lah. Tak ada siapa nak berdiri masa pengantin masuk. Boleh lagi tengok pengantin berarak masuk sambil menyuap nasi masuk mulut. Tak ada spotlight. Tak ada formaliti. Kalau ada pun, sikit-sikit sahajalah. Simple.
9. Tetamu boleh makan dan kemudian boleh pergi. Tak payah nak stay sampai tamat majlis.
Kampung
(Kedah)
2. Venue kenduri kahwin setakat ini semua yang aku pergi ialah di depan kawasan rumah. Kawasan rumah kampung sangat luas. Boleh muat 3-4 khemah. Pastu kautim dengan rumah sebelah nak tumpang khemah. Tak ada lagi yang buat kat dewan. Dewan pula jauh. Hotel pun tak tahu kat mana. Tapi panas sikitlah.
3. Standard
baju tetamu hmm baju kurung, jubah bagi perempuan. Kalau over sikit fesyen itu,
ketahuilah bahawa your fashion is too loud. Kalau lelaki lagilah relaks weh.
Baju Melayu ke, atau,...baju semalam pun dia boleh sarung sambil merokok di
tepi gantang. Ya, merokok. Hembus asap pun ke udara, bukanlah dalam dewan.
Jadi, tak ada hal.
4.
Part makanan paling best. Cuma main menu sahaja upah catering. Yang lain macam
side dishes, mereka buat sendiri. Contohnya macam cendol, laksa. Air special
pun buat sendiri ie air laici kang. So, memang genuine lah side dishes ini.
5. Tak wajib ada termpat untuk bersanding. Lihat kepada kehendak dan kemampuan orang yang berkahwin. Kalau ada tempat bersanding pun, ia bukanlah tempat yang khusus untuk bersanding tapi lebih kepada tempat untuk bergambar dengan pengantin dan tetamu. Tempat persandingan dihias secantik-cantiknya. Pakej yang affordable dan masih nampak cantik walaupun ianya di-set up di dalam rumah.
6. Ada DJ atau lagu sahaja. Kalau ada DJ, macam itulah. Bercakap kerjanya.
7. Tetamu boleh makan kemudian pergi. Eat and Go. Tak payah nak tunggu sampai akhir majlis.
8. Tak formal pun. Tak ada formaliti. Pengantin berarak dengan muzik kompang pun aku masih boleh makan. Tak ada kena berdiri. Cuma bagi perhatian sikitlah dekat pengantin. Tengok kejap pastu suap nasi masuk mulut.
9. Kalau buat kenduri di kawasan perumahan kampung, selalu lantai nya adalah
tanah merah atau batu kecil.
Kalau
pakai tumit tinggi atau wedges, bersedialah untuk berjalan tak seimbang dan terjatuh.
Hahaha.
Taraaa,
sampai di sini sahajaa. BYE!
Comments
Post a Comment