Skip to main content

Glimpse of Sci-Fiction Idea

Aku tak pernah sangka dengan apa yang aku dengar. Buat pertama kalinya ayah pulang ke rumah dengan raut muka yang kecewa dan wajahnya basah dengan air mata.

Image result for sci-fi city

“Kita tinggalkan kota ini. Kita ke Oyahat. Cepat kemas barang.” Ayah seka air mata. Tanpa mahu berbicara lebih banyak, kakinya menuju ke bilik di tingkat atas.

Aku dan ibu berpandangan sesama sendiri. Melihat keadaan sebentar tadi, kami berdua tahu ayah tidak mahu membuka peluang untuk sebarang soalan atau penerangan daripadanya. Dengan dua biji mata kepalaku ini, aku lihat wajah ibu berubah hampa. Dua ulas bibirnya diketap rapat seolah-olah menahan emosi.
           
Aku yakin ibu tahu satu perkara yang aku tak tahu. Aku yakin ibu dan ayah ada bercerita sesama mereka tentang apa yang berlaku sebelum-sebelum ini. Cuma aku seorang sahaja yang tak tahu. Mungkin ada kaitan dengan Ahmed Saldee, pemerintah agung Armagard. 

Baju-baju di dalam almari dimasukkan ke dalam bagasi. Dokumen-dokumen penting dimasukkan ke dalam beg. Kemudian, kesemua barang dibawa ke ruang tamu.

 Aku teman ayah masuk ke dalam makmalnya di bilik bawah tanah sekejap. Satu-satunya bilik yang ayah selalu luangkan semasa masa lapangnya selain dengan keluarga. Entah kenapa ayah mahu masuk ke dalam makmalnya sebelum pergi meninggalkan rumah. Tapi yang aku tahu, perasaan aku ketika itu sangat pilu apabila melihat muka ayah yang merah padam.

Ayah tiba-tiba melutut di depan satu mesin besar yang ayah selalu guna. Di sebelah mesin itu ada lima buah robot sedang di-charge­ sambil berdiri di dalam ruang kecil silinder yang diperbuat daripada kaca dan penuh dengan wayar serta cahaya lampu.


Related image

Tangisan ayah yang teresak-esak memecahkan suasana sepi. Wajahnya ditelungkup dengan kedua-dua belah tangan sambil esakan tangisan dilepaskan semahu-mahunya. Ini kali pertama aku lihat ayah menangis macam itu. Sumpah aku pilu. Ibu datang dari belakang lalu terus memeluk bahuku. Turut terdengar suara tangisan perlahan ibu di belakang. Apa yang mereka berdua simpan? Aku tak faham apa yang berlaku sekarang. Kenapa aku dan keluarga perlu tinggalkan kota Armagard ini?


Related image

            “Fahri! Jom pergi!” Ayah bingkas bangun sebelum meninggalkan makmal dengan langkah yang laju.



Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...

Review Buku: Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal

Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal Aku rating buku ini 4.8/5 bintang. Buku ini ialah sequel yang kedua kepada buku Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa (buku pertama). Dan saya terjumpa buku ini di Instagram terlebih dahulu berbanding buku yang pertama. Sebelum itu, biar saya cerita dulu kenapa saya tertarik dengan tajuk Afrika, Aku Mai Lagi. Sebabnya ialah jarang-jarang sekali saya dapat menemukan judul anekdot yang menceritakan tentang benua Afrika hasil penulisan orang Melayu. Kalau ada pun, genre-nya bukan kepada anekdot atau travelog tetapi naskhah sejarah yang membosankan. Kemudian, tajuknya tidak cliche’. Sering kali nampak di kedai-kedai buku, kebanyakkan travelog atau anekdot lebih kepada benua Eropah yang jelas kemajuannya. Tetapi, keadaan di belah benua Afrika tidak diketahui. Yang kita tahu hanyalah, apa yang diberitahu melalui media sahaja. Boleh jadi ia betul atau salah atau terhad kepada maklumat yang tertentu sahaja. Okey, masuk ke review sebe...