Skip to main content

Review Buku: Momen-Momen Matluthfi oleh Matluthfi

Image result for momen momen matluthfi

Momen-Momen Matluthfi oleh Matluthfi

Rating 3.8/5 bintang.

Hahaha. Kalau korang tahu karakter dia macam mana, lawak kering pastu sarkastik, bolehlah jumpa lawak dia dalam buku ini juga. Frankly, buku ini macam memori dialah. Tapi ayatnya disusun seolah-olah berkomunikasi dengan pembaca. Memanglah berkomunikasi dengan pembaca tapi pembaca tak akan rasa macam baca novel.

Kadang-kadang sampai tersengih-sengih sorang-sorang jugaklah bila teringat balik lawak dia tapi ada jugak sesetengah lawak yang aku tak faham. Kemudian sampai hujungnya aku masih tak dapat nak brain lawak yang dia maksudkan. Serius! Jadi, terkubur je lah bait-bait lawak yang dia nak sampaikan.

Lawak dia nak sampaikan bukanlah lawak bodoh tapi lawak yang berisi dan nadanya sarkastik sikit. Hahaha itupun kalua korang dapat brain apa yang dia nak sampaikan. Kalau tak nak brain juga, tak tahulah nak kata apa.

Frankly, buku ini macam memori dialah. 

Kalau korang baca buku ini, cepat ajelah nak khatam nya sebab content dia tak berat macam buku-buku ilmiah. Macam hang baca diari seorang matluthfi, pantas dan tuntas je mata hang akan membaca perkataan yang tertulis. Bolehlah buat bacaan selingan kalau tengah study tu.


Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Kenduri Kahwin: Bandar vs Sub-urban vs Kampung

Assalamualaikum w.b.t Kalau bab ini memang aku boleh tulis berdasarkan pemerhatian sebab saudara mara aku ada yang tinggal di KL, dan ada juga yang tinggal Kedah. Aku pula tinggal di Ipoh (sub-urban), maka dapatlah merasa kenduri kahwin di ketiga-tiga tempat ini. Bila baca ini, dilarang sama sekali bersangka yang aku ini cuba membanding-bandingkan kenduri-kenduri yang ada tapi fahamilah bahawa aku hanya menceritakan. Bandar (Kuala Lumpur) 1. Setakat ini kenduri kendara yang aku pernah pergi, kebanyakkan kenduri kahwin di buat di dalam dewan yang serba besar, mewah, dihias cantik dan berpendingin hawa. Kalau ada yang buat kat depan kawasan rumah pun, tak banyak. Aku pernah hadiri satu sahaja kenduri yang dibuat depan kawasan rumah. Yang lain semuanya kat dewan takpun kat hotel celah mana. 2. S emua tetamu yang datang semestinya datang dengan pakaian yang terbaik. Kalau perempuan, fesyen baju pun tahap aku tak pernah tahu. Pastu confused siapa yang kahwin sebenarnya, Kalau l...