Skip to main content

Kesan daripada Eating Disorder

RAPID HAIR LOSS
Rambut kat kepala ni semakin menipis. Dahulunya lebat seperti hutan belantara, sekarang nipis dah macam kena tebang. Gugur banyak sangat rambut sampai boleh nampak kulit kepala.

Puncanya kurang makan atau kekurangan kalori intake.

PUCAT
Hmm, pucatlah. Tak cukup makan kan. Nak acah-acah macam dracula pun tak boleh lah  dah kalau kita memang manusia kan?

CONSTI
Hahahaaa. Bukan constitutional law tapi Constipation. Dua tiga hari tak semestinya dapat buang. Part ini tak nak cerita panjang. 4 tahun jugak bertarung dengan consti ni.

CEPAT SEJUK
Tangan dan tapak kaki cepat sejuk. Dan aku sendiri berasa sejuk. Kat bilik tu, kipas paling kuat aku pasang ialah kelajuan satu. Kelajuan lima tu boleh buat aku tak tidur malam sebab menggigil. Kelajuan satu tu pun aku pakai selimut tebal. Itu pun sejuk jugak. Kalau tak pasang kipas, nyamuk pulak berparti.

CEPAT PENAT
Memang penat. Lesu dia lain macam. Time tengahari wajib aku pergi masjid universiti untuk tidur. Kalau tak ada kelas pukul 2, lagi seronok tidur daripada pukul 1 sampai pukul 3. Pastu mencicit lari sebab pergi kelas lambat.

UNSTABLE EMOTIONAL STATE
Hmm, cepat marah. Sedih. Overthinking. Negatively-prone thoughts. Etc.

FAT ‘ME’ IN THE MIRROR
Tengok cermin tapi nampak orang yang gemuk pada pantulan tersebut. Ini lagilah celaru aku dibuatnya.

PARANOID?
I felt like everyone was looking at me and having the thoughts like they are laughing at me because I am fat. Padahal berat 49 kg.

DEPRESSION/ANXIETY?

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...