Skip to main content

Review Buku: Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi


Image result for kisah 25 filsuf barat


Aku rate 4.5/5 bintang.

KISAH 25 FILSUF BARAT antara buku yang paling suggested buat golongan muda yang cuba nak mengubah fikrah tentang kehidupan. Tak bermakna aku suruh pembaca menjadi liberal atau menjadi sami untuk mencapai ketenangan hidup tahap nirvana tapi cukuplah untuk meng-rekonstruksi satu persepsi hidup yang baru.

Kalau penulis, si Matluthfi ini ada letak disclaimer awal-awal pasal buku dia, aku pun lagilah kena letak disclaimer untuk review buku ini juga.

1. Buku ini bukan buku yang menyebarkan dakyah supaya memurtadkan permbaca.

2. Kalau korang nak bagi adik-adik korang baca, eloknya ada ustaz atau ustazah tak pun korang sendiri untuk guide bacaan dia supaya fikrah dia tak tersasar.

3. Bacalah buku ini untuk ilmu dan apa yang kau boleh serap masuk dalam hati nurani tapi bukan untuk menjana idea bagaimana nak jadi atheis atau tunjuk lagak falsafah.

"Yang penting sumber rujukan utama hang tetap Al-Quran."

Bagi aku, Kisah 25 Filsuf Barat merupakan antara penulisan masterpiece Mat. Tak naklah bagi impression yang meletup-letup walaupun aku memang dah lama follow video dia di youtube dari sekolah menengah lagi. Jadi, kalau aku overrate, mungkin aku dah ter-bias sikit dengan kecenderungan impression aku.

Buku ini banyak menyentuhkan tentang pemikiran para-para filsuf (philospher) yang terkenal pada zaman dahulu. Mereka memikirkan tentang hakikat kehidupan, persahabatan, rasionalisme, logik akal dan emosi dalam perbahasan dan banyak lagi. Daripada bait-bait pada perenggan yang tertulis, para pembaca boleh kaitkan bahawa hasil pemikiran filsuf-filsuf ini sedikit sebanyak nak sama dengan fikrah Islam walaupun ada juga filsuf yang menzahirkan pandangan yang tersasar.

Buku ini juga antara buku yang menjaya menyuntik paradoks kebodohan dalam diri aku sebab suka sangat meroyan atau luah sana sini dalam media sosial.

Antara 25 para filsuf Barat terkenal yang disebut dalam buku ini adalah:

1. Aristotle
2. Socrates
3. Plato
4. Epikurus
5. Augustine
6. Pascal, dan lain-lain.

Memang banyak isi yang boleh diserap dan lebih kurang tiga minggu juga masa yang aku gunakan untuk menghabiskan bacaan. Apa yang membuatkan pembaca mahu terus membaca adalah teknik penyampaian penulis yang santai dan tak terlalu akademik. Penggunaan bahasa yang digunakan juga taklah sampai pening kepala nak hadam. Cuma pembaca akan mempelajari perkataan-perkataan baru.

Mungkin pembaca yang mahu membaiki pemikiran atau menambah lagi ilmu tentang penulisan, sejarah, kehidupan, bolehlah baca buku ini. Tak ada salahnya. Yang penting sumber rujukan utama hang tetap Al-Quran.

Yang pasti, apabila kau membacanya, kau akan mengenal pasti intelektual manusia sangat hebat dan intuisi mencari makna kehidupan adalah satu fitrah bagi mereka yang bernyawa. Cuma, sumber intuisi mereka tak bersanadkan Al-Quran.

Jadi, itulah dia buku Mat. Lain kali hang produce lagi buku macam ini. 


Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Review Buku: Momen-Momen Matluthfi oleh Matluthfi

Momen-Momen Matluthfi oleh Matluthfi Rating 3.8/5 bintang. Hahaha. Kalau korang tahu karakter dia macam mana, lawak kering pastu sarkastik, bolehlah jumpa lawak dia dalam buku ini juga. Frankly, buku ini macam memori dialah. Tapi ayatnya disusun seolah-olah berkomunikasi dengan pembaca. Memanglah berkomunikasi dengan pembaca tapi pembaca tak akan rasa macam baca novel. Kadang-kadang sampai tersengih-sengih sorang-sorang jugaklah bila teringat balik lawak dia tapi ada jugak sesetengah lawak yang aku tak faham. Kemudian sampai hujungnya aku masih tak dapat nak brain lawak yang dia maksudkan. Serius! Jadi, terkubur je lah bait-bait lawak yang dia nak sampaikan. Lawak dia nak sampaikan bukanlah lawak bodoh tapi lawak yang berisi dan nadanya sarkastik sikit. Hahaha itupun kalua korang dapat brain apa yang dia nak sampaikan. Kalau tak nak brain juga, tak tahulah nak kata apa. Frankly, buku ini macam memori dialah.  Kalau korang baca buku ini, cepat ajelah nak...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...