Dan
inilah, yang terakhirnya; Mature Defense Mechanisme. Satu defense yang mana
para psikologi mengiktiraf ia sebagai satu defense yang matang. Hahaaa,
bolehlah ceduk sekali dan telan.

1.
Sublimation
Menyalurkan energy atau unacceptable feeling, thoughts kepada sesuatu yang socially acceptable.
Contohnya, kita marah kat seseorang. Tapi end up, kita deal emotional stressor itu dengan
sport yang vigorous supaya strong energy daripada kemarahan itu dapat diredakan
dengan sport tersebut. Selalu aktiviti tersebut adalah aktiviti yang
constructive.
Jadi,
kalau kita stress, petang-petang boleh pergi jogging, main badminton ke tapi
jangan rant kat media sosial sudahlah. Penat nak menyahkan negative energy
yang didapati daripada rant itu tau.
2. Compensation
Psychologically recognizing your weakness by emphasizing strength in other areas.
Contoh,
seseorang yang physically unattractive starts pergi gim angkat berat. Atau, Abu
kurang mahir membaca tapi dia meningkatkan kemahirannya dalam melukis.
3.
Affiliation
Lawan kepada Repression atau pendam.
Meminta
bantuan kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan. Berkongsi masalah dengan
orang lain tanpa berharap orang lain itu bertanggungjawab untuk masalah
tersebut.
Contohnya, kita pergi jumpa counseling, luahkan dekat kawan-kawan atau pergi join mana-mana
spiritual counsel.
4.
Self-Assertion
Ni
paling simple, kalau kita tak suka sesuatu, kita betul-betul mengaku. Kalau kita tak boleh handle kerja-kerja yang sepatutnya orang lain buat, kita cakap yang
kita tak boleh handle.
Tak ada istilah nak jaga hati.
5.
Altruism
Ini
kalau orang yang jenis suka join volunteerism dan social kelab, aku ucapkan
tahniah. Sebab ia adalah salah satu cara berhadapan dengan emotional stressor
dengan mendedikasikan diri untuk memenuhi keperluan orang lain.
Displacing emotional stressor dalam diri kita itu dengan self-satisfaction yang kita terima
rentetan daripada membantu orang lain
6.
Self-observation
Berhadapan
dengan stress melalui refleksi diri, thoughts, feelings, motivasi melalui cara
yang bersesuaian.
Contohnya,
membiasakan diri dengan journaling (diari), self-exploration, therapy,
bibliotherapy.
Dengan
kata, kita menulis apa yang kita rasa kemudian kita refleksi semula segala emosi
dan fikiran yang ada. Tapi biarlah penulisan atau journaling itu sesuatu yang
kekal supaya kita boleh revise balik thought dan emotion kau suatu hari nanti.
Ini
kalau journaling kat whatsapp update dan insta story yang akan hilang selepas
24 jam, memang tak jadilah.
Nak journaling kat siapa? Macam mana nak refleksi semula?
7.
Anticipation
Satu
persediaan di mana seseorang itu memang dah agak sebarang kemungkinan negatif
yang berlaku. Jadi, dengan persediaan mental tersebut, seseorang itu akan
kurang risau atau kurang engaged dengan kesedihan selepas kejadian itu berlaku.
Positive
Anticipation:
Kita memang anticipate kita akan gagal dalam exam. Jadi, bila keputusan keluar,
memang gagal pun tapi kita tak kecewa sangat sebab kita bersedia dari
awal-awal.
Macam
aku tengok cerita Maze Runner III, kakak aku bagitahu awal-awal ada scene
sedih-sedih sebelum itu. Dia suruh aku sediakan tisu. Daripada warning dia, aku
tanpa sedar get ready dengan sebarang kemungkinan scene sedih yang aku akan
tengok. End up, aku tak menangis pun. Hahaa, poyo.
Negative
Anticipation:
Ini bersangka buruk namanya. Pada suatu petang, duit kita tengah sengkek. Pada
petang itu juga, kawan kita yang kaya ajak kita makan kat luar. Dalam hati, kita punyalah cakap,
Dia ini kedekut. Dia mesti tak nak belanja aku.
Kemudian,
memang betul pun kawan itu tak belanja itu. Dia tak tahu pun kita tengah
sengkek. Bukan sebab dia kedekut. Jadi, daripada kejadian tersebut, kita confirm-kan bahawa kawan kita itu memang kedekut. Hmm, dah sengkek, bersangka buruk pula.
Sumber rujukan:
Feist, J., Feist, G.J, & Roberts, T.A. Theories of Personality (2018). Ninth Edition. McGraw-Hill Education International Edition.
Dirujuk juga pada website: https://www.slideshare.net/Lucia_Merino/15-common-defense-mechanisms
Comments
Post a Comment