Maksud: Cara-cara kita sebagai manusia behave dan berfikir untuk melindungi diri kita daripada kerisauan atau anxiety.
Atau
bahasa mudahnya, langkah-langkah yang kita ambil untuk menjarakkan diri
daripada full awareness tentang unpleasant thoughts, behavior dan feelings. Boleh jadi, hari ini defense mechanism kita lain, esok lain pula.
Dan sebenarnya, setiap hari kita buat defense mechanism ini tanpa kita sedar.

Jadi,
sekarang dalam bab defense mechanisme, anda berada di bahagian subconcious dan
unconscious level.
Defense mechanisme ini ada tiga jenis iaitu, primitif (Primitive), pertengahan dan matang (Mature).
Primitive
Defense Mechanism
1.
Denial
Penolakan
untuk menerima realiti atau perasaan yang sedang kita alami. Contohnya, kita rasa
sedih sebab ada orang condemn kerja kita tak bagus. Perasaan sedih dinafikan
dari dalam tapi dizahirkan melalui perbuatan yang mana orang lain boleh nampak
seperti kita tak datang kerja selama beberapa hari.
2.
Regression
Satu
refleksi terus kepada earlier development apabila berhadapan dengan
unacceptable, fearful, threatening thoughts or impulses.
Contohnya,
bila orang tengah syok-syok shopping dalam mall tiba-tiba ada satu das tembakan
dilepaskan. Orang itu terus duduk mencangkung sambil memegang kepalanya untuk lindungi diri.
Ianya seperti posisi bayi dalam rahim.
3.
Acting out
Melakukan
satu perbuatan yang ekstrem seperti mencederakan diri sendiri untuk
mengekpresikan perasaan atau fikiran yang dia tak mampu nak luahkan melalui
cara-cara yang lain. Kata lainnya,
self-harming.
4. Dissociation
Menghilangkan
diri daripada memori, persepsi diri atau suasana untuk mengelakkan daripada
situasi yang bermasalah.
Kiranya
macam cubaan untuk disconnect diri daripada dunia sebenar untuk defend daripada
unbearable thoughts, feeling dan memori.
5.
Projection
Meletakkan
undesired thoughts, emotions, persepsi pada orang lain sedangkan sebenarnya kau
yang rasa undesired thoughts, emotions, persepsi apa semua itu.
Didefinisikan
sebagai, si A melihat unacceptable thoughts atau feelings dalam si B yang mana
sebenarnya perasaan tersebut hanya ada dalam si A sahaja.
When an internal impulse provokes too much anxiety, the ego must reduce that anciety by attributing the unwanted impulse to an external object, usually another person.[1]
Contoh
yang diberi dalam buku Theories of Personality[2],
A adalah seseorang lelaki manakala B pula seorang perempuan yang lebih tua
daripada si A. A secara konsisten interpret si B menggodanya. Dia rasa macam
perempuan itu suka kat dialah dan konon-konon dia tak ada attraction pun kat
perempuan itu. Padahal dalam minda si A, dia tak habis duk terbayang sexual
intercourse dengan si B.
Sort of like denial lah tapi attribute that denied feeling to other person.
6. Reaction
Formation
Menukar
unwanted feeling atau impulses kepada sebaliknya. Contoh, daripada benci kepada
sayang. Daripada tak suka kepada suka.
Contoh,
seorang anak ini sangat deeply resents her mother dan benci kat mak dia. (Reason
behind tu aku tak tahulah. Aku bagi ikut contoh buku ja) Tapi sebab dia tahu
demand masyarakat bahawa anak perlu affection kepada ibu bapa, perasaan itu
fokus kepada opposite feelings.
Boleh apply kat cerita-cerita mak mentua yang jahat tapi menantu nak ambil hati mentua dia.
Kadang-kadang
bila keterlaluan Reaction Formation ini, kau boleh jadi Stockholm’s syndrome
atau mentally attached macam kisah-kisah si isteri attached sangat dengan si
suami walaupun suami dia jenis kaki pukul.
[1] Feist, J., Feist, G.J, & Roberts, T.A. Theories of Personality (2018). Ninth Edition.
McGraw-Hill Education International Edition.
[2] Ibid
Dirujuk juga pada website: https://www.slideshare.net/Lucia_Merino/15-common-defense-mechanisms
Dirujuk juga pada website: https://www.slideshare.net/Lucia_Merino/15-common-defense-mechanisms
Comments
Post a Comment