Skip to main content

Journey with Eating Disorder (Part One)

Okay, terus terang, aku tidak pernah terfikir nak tulis pasal perkara ini tapi it’s okay. Just tulis, sebab, kita tidak tahu mungkin terdapat orang lain di luar sana yang nak tahu tentang Eating Disoder (ED) atau memerlukan sokongan untuk pulih, so, they just bumped with my writings and hopefully it can help them.

Disclaimer:
1. Setiap apa aku tulis di sini, ketahuilah bahawa peristiwa ini telah pun berlaku dan aku dah pun recover daripada ED.
2. Setiap apa yang kalian baca, kalau ia menyebabkan kalian ‘triggered’, I am sorry that I will not be responsible for it.
3. When you read this later, just take it as information from the writer’s experiences so that if you meet with someone like the writer, hopefully you can help those people.

Kalau kalian baca kisah Si Gemuk yang Busuk, itu sebenarnya ialah kisah aku semasa berumur 10-12 tahun. Actually, the story is wholly non-fiction. Aku sarankan kalian bacalah kisah itu sebelum baca kisah yang ini. 

Kali pertama aku bergelumang dengan ED ialah ketika berusia 16 tahun. Masa itu berat aku 65 kg kot. Episod yang bersambung itu bermula ketika berusia 18 tahun hingga 21 tahun (2017). Tak bermaksud yang aku menjaja kisah silam tapi aku nak korang tahu bahawa di Malaysia ini, orang macam aku wujud. Tiba-tiba rasa macam drama pulak. 

Perasaan bersalah sebab over-ate dan masukkan jari ke dalam mulut untuk memuntahkan semula makanan itu melahirkan satu perasaan puas hati dan lega sebab tak ada apa nak dirisaukan selepas makanan itu dimuntahkan.

Tapi gejala itu sekejap sahaja. Tengoklah, kalau conscious sangat dengan eating habit, akan muntah balik lah kot. Kadang-kadanglah. Kadang-kadang.

Episod itu bermula bila aku habis SPM, masa umur 18, aku join aerobic class.


NEXT: 


Comments