Skip to main content

How I Recover from Eating Disorder (Part Two)

PERTOLONGAN KAUNSELING
Aku sendiri pergi jumpa dengan kaunselor kat universiti to seek for help. Sebab aku rasa kalau aku buat sendiri-sendiri, tak jadi kot. Masa tu pun, depression activation behaviour dah start kat dalam diri aku. Ada episod-episod kemurungan beberapa bulan. Memang effect of ED ialah kemurungan atau anxiety. 

Kalau kalian sebagai kawan aku masa tu nampak aku banyak overthink atau negative vibes whatsoever, I am sorry.

Aku masih ingat lagi kaunselor tu suruh aku datang, jumpa dia next week. Bila dah datang next week, dia suruh buat appointment untuk datang lagi minggu depannya. “Minggu depan awak datang lagi ya.” Okey.

SELF-HELP
Macam ini lah. Pertama, memang kena ubahlah persepsi tentang pemakanan dengan bantuan kaunseling. Yang kedua, kita sendiri.

Apa yang kita takut nak buat itu lah yang kita kena buat setiap hari. BAD FOOD?

Hmm, like sem lepas jugaklah aku baru cuba sebenarnya. Ini first try aku. Serius.

SNACKING
Setiap malam pukul 10 macam tu lah, aku cuba makan satu keping chipsmore. Setiap malam. Bayangkan kalau chipsmore yang besar tu ada 14 keping, 14 hari lah kot baru habisnya.

Awal-awal tu rasa macam guilty beb. Chipsmore kot. Gula, tepung, minyak. Apa doe yang aku makan?

At the same time, aku keep remind diri “It’s okay. This one little chipsmore won’t add one kilo to your body weight.”

Constantly communicate to myself that it’s okay. It’s okay. It’s okay.

Lama-lama dah bijak pandai kot nak bedal semuanya. 

MAK PUNYA STYLE

Aku bagitahu mak aku yang berat aku naik. Memang naik sungguh la sampai nak dekat 10 kg tapi gradually. Masa naik tu, aku cakap macam ni. "Mak, berat naiklah." Baru lepas timbang kan..

Pastu mak aku cakap, "Baguslahhh."

Dengar jawapan macam itu, aku rasa macam hmmmmmmm....


NEXT: 


PREVIOUS: 

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...