Skip to main content

Journey with Eating Disorder (Part Four)

Sekali lagi, aku bagi warning:
1. Kalau rasa apa yang aku tulis ni spread too much negative vibes, leave the page.
2. Kalau rasa apa yang aku tulis ni triggered kalian untuk buat benda yang sama/ tiba-tiba rasa conscious dengan pemakanan kalian/ insecure dengan body image, leave the page. Don’t read. Baca artikel lain.

TOO MUCH INSECURITY
Aku pernah makan roti canai sebab aku teringin sangat. Teringin sangat. Sebab selama duk tahan kan. Yalah, bad food kan. Gila apa nak makan bad food. Pastu check pula kalori dia like 400+ kalori.

To burn 400 calorie, one hour jogging or 4 km of jogging. (Oh hmm, masa aku tengah tulis ni pun, aku tengah makan roti coklat gardenia. Berapa kalori? Hahaha.)

Memang sungguh lah. One hour lepas aku makan roti canai, boleh nampak aku jogging kat track for one hour.

LAXATIVE ABUSE
Dulu aku ada consume like tea detox untuk substitute aku punya bulimia (muntah balik). Means, malam sebelum tidur, aku akan minum teh itu dan besok paginya akan buang. *baca: cirit*

Masa tu lega gila kot sebab tak ada nak dirisaukan pasal apa yang aku makan semuanya akan ‘terbuang’. Penyerapan makanan selalunya tak efisyen kalau guna laxative atau teh detox ni.

Maksud aku, memanglah detox ni akan buat kita buang tapi penyerapan nutrien jadi sangat kurang. Percayalah, any kinds of tea or fibre drinks yang dalam paket itu ada laxative. Cuma berbezanya adalah mild laxative atau strong laxative.

NEXT: 

PREVIOUS: 


Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal

Afrika, Aku Mai Lagi oleh Dr. Hayya Bilal Aku rating buku ini 4.8/5 bintang. Buku ini ialah sequel yang kedua kepada buku Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa (buku pertama). Dan saya terjumpa buku ini di Instagram terlebih dahulu berbanding buku yang pertama. Sebelum itu, biar saya cerita dulu kenapa saya tertarik dengan tajuk Afrika, Aku Mai Lagi. Sebabnya ialah jarang-jarang sekali saya dapat menemukan judul anekdot yang menceritakan tentang benua Afrika hasil penulisan orang Melayu. Kalau ada pun, genre-nya bukan kepada anekdot atau travelog tetapi naskhah sejarah yang membosankan. Kemudian, tajuknya tidak cliche’. Sering kali nampak di kedai-kedai buku, kebanyakkan travelog atau anekdot lebih kepada benua Eropah yang jelas kemajuannya. Tetapi, keadaan di belah benua Afrika tidak diketahui. Yang kita tahu hanyalah, apa yang diberitahu melalui media sahaja. Boleh jadi ia betul atau salah atau terhad kepada maklumat yang tertentu sahaja. Okey, masuk ke review sebe...

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...

Melayu: Tak Suka Support Bangsa Sendiri?

Itu apa yang aku selalu dengarlah. Bila ada orang daripada bangsa sendiri nak maju atau baru merangkak keluar daripada kepompong hidup rutin, bukan main nak perlekehkan dia. Bila dia dah berjaya barulah nak tumpang sekali nama dia. Aku perasan kita rasa macam bangsa Melayu kita sahaja yang tak supportive. Yang teruk, Yang underestimate orang lain. Yang dengki. Yang membawang sana-sini. Tapi rupa-rupanya, negara Barat sebelum mereka menjadi sebuah negara yang membangun, mereka telah pun mengalami perkara yang sama-sama. Masyarakat tidak mempercayai kebolehan saintis dalam mengubah dunia dan mencipta sesuatu yang baru. Sumber rujukan: The Physics of The Future oleh Michio Kaku Mereka juga pernah Pessimis  Michio Kaku di dalam bukunya ada  menceritakan tentang bahawa masyarakat U.S pada ketika dahulu juga pessimis dalam pembangunan teknologi dan pengangkutan sebelum kewujudan kemajuan tersebut. Malah, saintis teruk dihentam oleh media.  ...