Pandangan filsuf? Apa yang tertulis selepas ini adalah apa yang tercatat dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat oleh Matluthfi dan aku hanya menambah mana-mana yang perlu.
Sebelum berganjak ke perenggan yang seterusnya, kalau mahu baca:
1. Review buku Kisah 25 Filsuf Barat, bolehlah klik LINK
2. Pandangan Filsuf (PART I), klik LINK
Stoicisme

Stoic atau Stoicisme merujuk kepada orang yang
mengamalkan falsafah Stoicisme. Antara yang mengikuti falsafah Stoicisme adalah
Marcus Aurelius, seorang empreror besar Rom yang sibuk berperang tetapi masih
sempat mencuri masa menulis buku Meditasi Sang Emperor di dalam khemah perang
semasa lewat malam. Kalau kau dah gelabah, esok nak pergi perang.
a) Kehilangan perspektif
Bagi Stoic, kehilangan perspektif bermaksud kita
terlalu memfokuskan hidup ini hanya kepada perihal diri kita sahaja.
Kesannya benda-benda kecil pun nampak besar kepada diri kita.
Stoic kata usah perasan sangatlah. Dunia ini tak ambil
kisah pun pasal kau. Walaupun kau tak ada, dunia tak akan berlegar dan berkisar
pasal ketiadaan kau pun. Kalau kau mati, bumi masih berputar, orang yang kau
sayang akan meneruskan hidup mereka, kekasih kau akan mencari penggantinya dan
pokok akan terus menghijau.
Stoic mencadangkan supaya kita merenung langit dan
menyedari betapa kecilnya kita ini. Kau rasa kau penting sangatkah sebagai satu
habuk kecil dalam dunia ini yang mengandungi entah berapa banyak bintang,
planet, bulan, lohong hitam, makhluk tempatan yang Tuhan sahaja tahu jenis dan
jumlahnya.
Dengan menyedari akan sedemikian hal, manusia akan
sedar betapa tidak relevannya perasaan mereka dan seterusnya mendapatkan semula
perspektif yang betul tentang kehidupan.
Berhentilah mengadu atau marah-marah dalam media sosial
kerana hanya orang yang tertentu. Hanya melibatkan dua individu, kau dan dia.
Kitaran yang kecil. Maka, selesaikan dengan cara kau dan dia. Bukan dengan cara
kau, dia dan media sosial.
Bila kau kepoh, benda itu jadi besar sebab kau.
Nietzsche

Friedrich Nietzsche atau sebutannya Ni-cher,
dilahirkan di satu kampung bernama Rocken di Prussia.
b) Moraliti Hamba: Mengutuk apa yang kau mahu
Menurut Nietzsche, pada akhir empayar Rom dalam minda
hamba-hamba abdi yang daif dan penakut, yang tidak ada cara untuk mendapatkan
benda yang mereka mahu, seterusnya memaksa mereka berpaut pada falsafah yang
menjadikan ketakutan dan kekecutan kepada sesuatu yang mulia.
Dia panggil benda ini sebagai Moraliti Hamba.[1]
Macam yang korang baca, pada zaman ini banyak hamba.
Walaupun mereka hamba, mereka teringin jugaklah nak ada kejayaan dan nikmat
hidup sendiri seperti pangkat, nikmat hubungan intim dan penguasaan intelek dan
lain-lain. Tapi dek kekangan oleh pemimpin dan status mereka sebagai hamba,
mereka tak dapat capai goal tersebut.
Jadi, mereka pun mencipta satu dakyah dan kepercayaan
hipokrit yang membenci dan mengutuk apa yang mereka mahu tetapi sebenarnya
terlalu lemah berjuang untuk mendapatkannya. Dalam masa yang sama mereka juga
memuji apa yang mereka sebenarnya tidak mahu tetapi mereka tidak sengaja
termiliki seperti kemiskinan.
Dalam kehidupan moden ini boleh juga aplikasikan
bagaimana moraliti hamba ini masih wujud. Contoh paling senang ialah Dean’s
List. Haaaa.
Mesti kau pernah dengar orang kata,
“Alahhh, buat apa dapat Dean’s List. Sektor pekerjaan selalu cakap orang yang Dean’s List atau 4 flat ini tak reti buat kerja walaupun semasa di universiti, keputusan mereka bagus. Lebih baik dapat CGPA biasa-biasa je tapi tahu buat kerja.”
Hahahaa, masalahnya orang itu free-rider. Walaupun dia
mengutuk Dean’s List, pada masa yang sama, dia juga memuji Dean’s List itu
sendiri. “Kan best kalau dapat Dean’s List. CGPA cantekkk doe.”
Pulakkk. Tadi hang kutuk.
Comments
Post a Comment