Skip to main content

The Healing Power of Journaling



Journaling atau bahasa lainnya, diari.

Image result for journaling

Diari.

Aku rasa dah tak banyak kot orang guna diari pada zaman sekarang. Kalau ada pun, kita diam-diam je. Perhaps, the social media has taken the role of journal in expressing the inner thoughts and emotions.

One day bila-bila kau buka semula diari itu, kau akan akses the reflection yang kau guna dulu untuk digunakan pada keadaan semasa.

Aku tak dapat nak kenalpasti sama ada penggunaan diari atau jurnal pada zaman sekarang dilihat sebagai kelakar, sentimental atau tak. Sebab, aku sendiri tak pernah tanya orang dan bersembang pasal ini. Jadi, lebih baik aku tak payah buat konklusi apa-apa.

1. Sebagai lubuk luahan selepas kehidupan seharian


Image result for daylight

Aku pernah mendengar cerita daripada seseorang lelaki, Ahmad (bukan nama sebenar). Masa Ahmad kecil dulu, dia selalu tengok ayah dia tulis something kat satu buku ini setiap hari, setiap malam. As a child, dia rasa curious-lah sebab nak tahu apa lah yang ayah dia tulis sampai setiap hari kena tulis.

Jadi, semasa ayah dia pergi kerja, Ahmad cari buku itu dan jumpa. Dia apalagi, of course lah baca. Bila baca, baru tahu bahawa buku yang selama ini ayah dia tulis adalah diari ayah dia.

Ayat-ayat yang tertulis adalah luahan si ayah dalam menghadapi kesukaran membesar anak-anak yang masih kecil.


2. Kau lebih berterus-terang


Image result for einstein journal

Albert Einstein's journal

That’s why sometimes aku against journaling kat media sosial. Kalau journaling kat buku di mana buku tersebut adalah private, hanya untuk kau seorang sahaja yang baca, maka kau akan jadi lebih frank dengan penggunaan ayat dan isi hati sebenar.

Kalau dalam diari, kau akan tulis,

“Weii aku rasa sedih giler dia buat macam ni kat aku. Aku pelik asal dia buat macam tu. Dia ingat dia siapa. Mentang-mentang dia bos. Dia ingat dia boleh sesuka hati je ke. Aku harap Allah buka hati dia supaya tak buat macam ni jugak kat orang lain.”

Tapi kalau men-diari dalam media sosial, perhaps ayat kau akan sopan dan tak franky sangat sebab kau aware dengan public jugdement dan terfikir yang kau mungkin over-expressive. Instead of ayat seperti di diari, kemungkinan besar, ayat kau akan jadi, 

“Dianiayai oleh bos di pejabat tadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.”

That’s why sometimes aku against journaling kat media sosial.

Another substitute: Menggunakan verbal diari


Image result for voicenote

Ini case tulis diari tu ambil masa yang lama, merekod suara menggantikan tangan yang menulis.

Aku pernah dengar cerita, seorang lelaki ni dia happened to be an unmarried man. No wife to share life together and kawan pun busy dengan work life and marriage life diorang, jadi tak ada masa nak hang out atau cerita masalah.

Jadi, apa yang dia buat ialah buat group whatsapp yang mana dalam group itu ada dia seorang sahaja. Aku rasa dia ada dua nombor. Kalau ada stressful event, dia akan guna voicenote pastu luah sepuas-puasnya atau meluahkan apa yang membebankan fikiran dia.


4. Akses Reflection Sepanjang Masa

Image result for reflection

Selain memberikan kelegaan secara gradual, journaling atau menulis diari juga membenarkan kita mengakses semula fikiran dan refleksi itu berulang kali. One day bila-bila kau buka semula diari itu, kau akan akses the reflection yang kau guna dulu untuk digunakan pada keadaan semasa. Masa itu, kau akan rasa kau sebenarnya seorang yang kuat. Sumpah!

Again, kenapa aku against journaling menggunakan social media update atau social media story di mana refleksi itu akan hilang selepas tempoh 24 jam. Refleksi yang terpadam selepas temph 24 jam akan hilang begitu sahaja dan kau tak boleh nak retrieve balik reflection yang kau pernah buat dulu.

4. Fokus kepada self-centered punya expression


Image result for self centered

The sickest thing la bila nak cari orang yang betul-betul nak dengar cerita kita tanpa being judgemental tu sangat susah. Pastu sakit hati pulak bila dia bagi nasihat macam nak condemn kau dan lebih teruk lagi, dia bagitahu kat orang lain.

Orang pulak macam malas nak dengar cerita kau sebab bagi dia, cerita tu asyik fokus kat diri kau sahaja. Asyik “Aku...” “Aku...” “Aku...”

Jadi, dalam diari atau verbal expression via voicenote beri peluang untuk kau meluahkan self-centered punya luahan tanpa sesiapa nak judge kau. Kau nak membebel ke, nak mengamuk ke, tak ada siapa tahu, yang pasti kau dah let off steam. Kadang-kadang kau cuma nak meluahkan.

Tapi kalau kau buat confession atau &%#&* kat updates, jangan salahkan orang lain kenapa depa ada bad impression atau tak suka kau. Korang boleh baca artikel ini.




Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Reformasi Hati Kita oleh Syeraho

REFORMASI HATI KITA OLEH SYERAHO S’sup, reader. Buku ini bukan fiksyen. Bukan juga anekdot. Tapi buku motivasi agama. Dan aku dapat kenalpasti pattern penulisan yang dihasilkan oleh penulis adalah lebih kepada bentuk diari yang menasihati orang lain pada masa yang sama menasihati dirinya juga. Sebab pada penghujung bab mesti ada tarikh, masa dan tempat penulisan tersebut dihasilkan. Bagi akulah, penulis ini memang konsisten betul lah untuk menulis buku ini. Sebab ada tempoh yang agak jauh dalam penghasilan buku ini. Nice. Baca buku ini dan tengok pattern penulisan penulis, aku mula terfikir ciri-ciri jiwa penulis. Haha. Buku ini nipis sahaja. Tak tebal. Point-point yang disampai oleh penulis juga bagus dan sangat kena-mengena dengan hayat insan seperti jatuh bangun manusia, ujian yang datang adalah hentakan daripada Allah Taala, istiqamah dalam menambah amalan khusus seperti membaca Al-Mathurat dan bacaan Al-Mulk dan lain-lain. Aku suka bila penulis menceri...