Skip to main content

Pembikinan Novel: Fiksyen vs Science Fiction


Image result for sci-fi

Assalamualaikum w.b.t

Tahun lepas, aku sempat menyiapkan manuskrip sulung yang bergenre fiksyen. Haha, iyalah. Perlukan idea dan sedikit bacaan yang boleh menjelaskan segala peristiwa dan sabab musabab yang berlaku dalam penceritaan manuskrip tersebut. Jalan cerita yang logik juga sangat penting. Sekarang tengah tunggu pending untuk evaluation manuskrip tersebut. Doakan semoga diterima oleh pihak penerbitan.

Disclaimer: Haha, aku letak disclaimer awal-awal. Apa yang korang baca selepas ini adalah idea aku tapi dek halangan yang mendatang, aku tangguhkan dulu.

Idea Science-Fiksyen

Beberapa hari selepas siap pembikinan manuskrip novel fiksyen itu, datang pula idea untuk membuat novel sains-fiksyen. Aku fikir macam, hmm, nice jugak kan kalau sains-fiksyen. Macam rare and different from normal life.

Image result for sci-fi

Hahaha, berangan kot ada kereta terbang. Hoverboard. Robot police. Robot waiter. Skyscrapers. Jetpack. Advanced punya teknologi yang tak terjangka dek fikiran dan itulah idea penulis untuk mereka cipta.

Theme, Setting and Plotting
Awal-awal itu, kena fikirlah theme science-fiksyen itu nak bawak ke mana. Maksud aku, pemerintahan yang macam mana. Setting dan keadaan civilisation masyarakat. Kehidupan masyarakat di situ macam mana. Sebab pemerintahan satu kerajaanlah yang menentukan taraf kehidupan rakyatnya.


Kau boleh buat satu contoh civilisation yang keadaan city/bandarnya sangat kaya,  pemerintah dan kroni-kroninya kaya gila dan bangunan-bangunan milik mereka tinggi-tinggi belaka tapi rakyat-rakyat yang hidup dibawahnya miskin.

Tapi, kau boleh juga menciptakan satu contoh civilisation yang sistem pemerintahan tip top dan rakyatnya hidup senang. Kat situ kau boleh usik sikit kat bahagian plotting.

Plotting

Image result for storylinePemerintahan baik dan rakyatnya hidup senang. Daripada kesenangan hidup itulah, sivil rakyat bermasalah. Atau mungkin kau boleh buat plot kekerasan kepala pemerintah dalam menerima nasihat orang kanannya yang baik. End up, pemerintah itu sendiri yang merosakkan kerajaannya.

Asalnya aku nak buat Islamic Science-Fiction. Supaya cerita itu ada logiknya dan aim tersendiri apabila kita lahir sebagai seorang muslim.

Mungkinlah nampak macam tak logik dan buang masa sebab benda itu tak akan pernah berlaku atau belum lagi berlaku di mana kerajaan Muslim gemilang terbilang dengan advanced technology, hoverboard, robot police etc. Tapi bagi aku, itulah satu kreativiti yang tak ramai boleh ada.

Halangan untuk Pembikinan Novel Science-Fiksyen

1. FAKTA
Bila kita bercakap pasal SCIENCE-fiksyen, kena ingat bahawa kita bermain dengan satu ilmu dan fakta yang solid. Kalau kau ubah fakta yang sedia ada, nanti saintis-saintis fizik ketawa kat manuskrip kau. Ha, macam itulah.

Image result for fact

Tapi, tak bermakna ianya tak logik atau nonsense 100%. Just like novel sci-fi yang tumbuh macam cendawan kat western countries, as long as boleh memainkan jalan cerita yang logik dan reasonable. It’s fine. Filem Hollywood tu takde lah logik mana, tapi cukuplah kau bedal segala nonsensical elements itu supaya menjadi reasonable dan acceptable. 

2. RESEARCH
Nak reasonable and logik itu, paling-paling pun kenalah buat bacaan ilmiah sains. Tak boleh bedal sahaja. Melainkan genre-nya adventure and action. Selalunya cerita Hollywood Marvel, dorang akan touch sikit pasal science-fiction dan adventure and action.

Kalau nak buat fiksyen, kena buat research jugak. Like, kalau nak buat cerita macam psyhological disorder atau mental disorder, kena tahulah simptom-simptom dan approach yang boleh diambil untuk meleraikan plotting climate dalam cerita itu.

You have to know the diseases without misleading anyone.

3. POTENTIAL READERS
Potential readers kat Malaysia untuk genre Sci-Fiction is quite low actually. Plus, peratusan rakyat membaca buku juga semakin rendah dan rendah malah ada syarikat penerbitan yang gulung tikar sebab peratusan pembaca buku di Malaysia sangat sedikit. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Tapi, tak bermakna potential readers itu tiada langsung. Ada. Ada. Jangan risau. Hilal Asyraf sendiri ada menulis novel Sci-Fi, jadi, masih ada harapan di situ.

4. MASA
Kesempitan masa pun boleh menjadi sebab kenapa pembikinan novel itu berhenti di tengah-tengah jalan. Bila masa dah sempit, pulaklah masa tu jadi malas. Hehehh.

Tapi relakslah. Ambil masa untuk neutralize-kan balik kemalasan itu. Ambil semula segala vibe-vibe positif dan kerajinan untuk lengkapkan manuskrip.

5. BEST-SELLERS?

Image result for best seller

Hmm, don’t hope for it too high. Macam aku cakap, pembaca buku semakin berkurangan, plus, potential reader untuk genre sci-fi pun sangat kurang. Mungkin boleh target potential male-readers. Female readers pun just fine. Aku tak bermaksud nak menjadi negatif, but that’s the fact.

Jadi, fiksyen atau sci-fiksyen. Terserah. Dua-duanya ada pro and cons-nya. Ianya ada pada diri penulis itu untuk meneruskan idea itu atau tidak. Yang penting, tangan kau perlu terus menulis.

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? oleh Dr. Hayya Bilal Rating saya bagi 4.8/5 bintang. Buku ini adalah sequel pertama untuk buku Afrika, Aku Mai Lagi. Hakikatnya, saya tahu kewujudan buku yang kedua terlebih dahulu berbanding yang pertama. Pertama, buku ini memang best. Best dari segi isinya yang sarat dengan isu-isu kemanusiaan, budaya, korupsi pemimpin, pengurusan sumber bumi yang tidak terancang, ketiadaan dana pendidikan yang diperuntuk oleh kerajaan dan lain-lain. Bahasanya juga tidak terlalu kaku atau formal, membuatkan saya senang untuk membaca dan turut ketawa dengan humor yang dibawa oleh penulis. Perkara yang saya paling ingat apabila membaca buku ini ialah pandangan cetek atau serong masyarakat apabila orang kita mahu berkahwin atau telah berkahwin dengan seseorang yang berkulit gelap.   Saya mula rasa warna kulit itu sepertinya menunjukkan status seseorang. Kalau orang kita berkulit gelap pun jadi isu. Apatah lagi, berkahwin dengan seseorang dari ...