Skip to main content

Ole-Ole Fikiran: Antara kata-kata motivasi dan kata-kata rasional?

Image result for advice me

“HI, I’m nervous. Advise me,” said B.

Sudahhhh. Budak laws, kasi advice cepat.


Kata-Kata Motivasi

A   : Okey weh. You can do it!

B   : Aku takut ni weh. Macam mana kalau apa aku cakap lepas ini tak okey?

A   : Tak apa. Kau boleh buat punya. Ganbatte!

B   : Sumpah aku cuak.                           
             
A   : It’s okay. Relax.


Dan sekarang bandingkan dengan perbualan kata-kata rasional.

C   : Kau nervous? Kenapa?

B   : Aku takut ni. Macam mana kalau apa yang aku sampaikan lepas ini tak okey?

C   : Macam mana kau tahu tak okey?

B   : Sebab aku rasa apa yang aku nak sampaikan ialah benda yang orang lain dah tahu.

C   : Macam mana kalau dorang dah lupa? Bolehlah perkara yang kau sampaikan itu mengingatkan dorang balik.

Atau

B   : Sebab aku rasa apa yang aku sampaikan tak ada kena mengena dengan kita.

C   : Bolehlah perkara itu menjadi sesuatu yang baru untuk orang lain tahu. Kau rasa kalau kau jadi pendengar, kau nak tahu sesuatu yang baru tak?

Sekarang dapat nilai perbezaannya? Jadi, berdasarkan apa yang korang baca, mana yang lagi menenangkan dan terbaik?

Bagi saya, bersembang dengan C lagi seronok sebab kata-kata C membuatkan saya berfikir secara rasional dan bukan hanya memberi kata-kata harapan yang saya sendiri tidak dapat fikir semasa sedang gelabah.

What if kalau korang tengah sedih atau tengah marah, mana yang korang lagi suka? Kata-kata motivasi atau kata-kata rasional?








Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...