Itu apa yang aku selalu dengarlah. Bila ada orang
daripada bangsa sendiri nak maju atau baru merangkak keluar daripada kepompong
hidup rutin, bukan main nak perlekehkan dia. Bila dia dah berjaya barulah nak
tumpang sekali nama dia.

Aku
perasan kita rasa macam bangsa Melayu kita sahaja yang tak supportive. Yang
teruk, Yang underestimate orang lain. Yang dengki. Yang membawang sana-sini.
Tapi
rupa-rupanya, negara Barat sebelum mereka menjadi sebuah negara yang membangun,
mereka telah pun mengalami perkara yang sama-sama. Masyarakat tidak mempercayai
kebolehan saintis dalam mengubah dunia dan mencipta sesuatu yang baru.
Sumber rujukan:
The Physics of The Future oleh Michio Kaku

Mereka juga pernah Pessimis
Michio Kaku di dalam bukunya ada menceritakan tentang bahawa masyarakat U.S pada ketika dahulu juga pessimis dalam pembangunan teknologi dan pengangkutan sebelum kewujudan kemajuan tersebut. Malah, saintis teruk dihentam oleh media.
Michio Kaku di dalam bukunya ada menceritakan tentang bahawa masyarakat U.S pada ketika dahulu juga pessimis dalam pembangunan teknologi dan pengangkutan sebelum kewujudan kemajuan tersebut. Malah, saintis teruk dihentam oleh media.
Commercial Transatlantic Airship (CTA)
Sebelum
penciptaan, saintis membuat jangkaan bahawa kelak mereka akan mencipta dan
melancarkan CTA. Tapi bagi masyarakat dan orang-orang besar di situ yakin
bahawa CTA itu hanya akan jadi seperti belon. Sampaikan Senator John J. Ingalls
ada berkata, “Kelak citizen akan terbiasa untuk panggil ia sebagai
belon."
Senang cerita, mereka tak percaya CTA ini boleh terbang daripada satu tempat ke tempat yang lain dengan membawa sejumlah orang yang ramai.
Mail
Postmaster
General John Wanamaker pula menyatakan bahawa sampai 100 tahun yang akan
datang, emel atau surat akan dihantar menggunakan stagecoach atau menggunakan
kuda.
Nak
cipta apa lagi?
Pada
tahun 1899, Charles H. Duell, commissioner of the U.S. Office of Patents
berkata, “Segala benda yang boleh dicipta telah diciptakan.”
Kau
nak cipta apa lagi? Kita dah sampai tahap yang maju dah ini. Tak ada dah untuk
dicipta.
Movie
Bisu
Masa
dulu, TV mana ada suara. Ada gambar gerak hitam putih sahaja. Jadi, Warner cuba
untuk mencipta satu tv yang ada suara.
Pada
tahun 1927, Harry M. Warner, one of the founders of Warner Brothers (Orang
dalam bidang itu sendiri) berkata, “Ada ke siapa-siapa yang nak dengar
pelakon bercakap?”
Macam cerita Charlie Chaplin kot?
Komputer
IBM
Pada
tahun 1943, pengerusi IBM, Thomas Watson yakin menyatakan bahawa, “Saya rasa
dalam pasaran dunia hanya akan ada lima sahaja komputer.”
Hmm, zaman sekarang boleh kata komputer/laptop ada di mana-mana sahaja.
Kapal
Terbang? Buang Masa
Pada
tahun 1902, surat khabar New York Times declare yang mesin terbang hanya satu
ciptaan yang membuang masa. Namun seminggu selepas Times membuat kenyataan
tersebut, Wright Brothers berjaya menerbangkan kapal terbang mereka di Kitty
Hawk, North California.
Hah,
baru tercengang kau.
Pada
tahun 1920, Times kritik lagi seorang saintis bernama Robert Goddard. Robert
merupakan seorang saintis atau physician yang mencipta roket untuk terbang ke
ruang angkasa. Times cakap hasil kerja Robert ini merepek sahaja sebab roket
mana boleh terbang kat ruangan vakum. 49 tahun kemudian, Apollo dan juga 11
lagi astranout berjaya mendarat di bulan.
Masa
itu, barulah Times malu. Mereka keluarkan statement, “It is now established
that a roket can function in vacuum. The Times regrets the error.”
Bila
korang baca ini, korang dapat extract bahawa masyarakat Barat pun dulu mereka
pessimis juga pasal bab-bab kemajuan. Roketlah. Komputerlah. Mentollah.

Ibaratkan
macam mereka cakap kat saintis ini, “Eh, kau nak apa lagi ini? Sudah-sudahlah.
Tak jadi pun ciptaan kau itu. Kau cipta ke tak cipta, manusia tetap hidup dan
mati.”
Perbezaannya
Perbezaannya
Tapi
berbezanya adalah, peristiwa pessimis mereka berlaku semasa hujung tahun 1800
dan awal 1900. Sekarang bila terbukti sains boleh memajukan negara,
saintis-saintis di sana dijulang dan dihormati pendapat mereka. Bukan dibuang
macam sampah. Pessimis yang berlaku pada masyarakat kita ialah pada hujung
tahun 1900 dan awal tahun 2000. Jauh tak beza?
Sekarang
aku tanya, korang percaya tak dijangkakan nanti manusia akan ada hoverboard,
sejenis skateboard tetapi terbang. Percaya atau tidak, flying hoverboard ini
dalam proses prototaip. Maknanya, sudah dibikin tetapi masih dalam proses
penambahbaikan, paten dan lain-lain. Tapi malangnya, ia dibuat oleh orang Barat
bukan orang di Timur.
Tapi dalam bab kecam mengecam,
bukan bangsa Melayu sahaja. Bangsa lain pun sama sahaja. Kecam mengecam. Apatah
lagi semasa zaman berteknologi moden, semakin rancak dan mudah untuk mengecam.
Nak mengata seseorang itu buat idea yang merepek pun mudah.
Ia telah berlalu
Kecam-mengecam tentang kemajuan
teknologi di negara maju seperti Jepun, Jerman, Rusia, Amerika Syarikat dan
negara lain telah berlalu beberapa puluh tahun yang lalu. Sekarang, apabila
mereka sudah maju, rakyat mereka lebih celik tentang ilmu sains dan sumbangan
sains dalam memberi kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara/bangsa.
Insya-Allah, negara kita pula selepas ini. Kecam dulu, lama-lama majulah.
Haih~
End of this title.
Comments
Post a Comment