Skip to main content

Review Buku: Pena & Picagari oleh Dr. Khairul Hafidz

Image result for pena picagari goodreads


Pena & Picagari oleh Dr. Khairul Hafidz


Saya rate 4.5/5 bintang.

Buku ini menang buku bukan fiksyen terbaik 2016. Jadi, pena picagari? Hasil penulisan seorang doktor perubatan yang membidas segala mitos penyakit-penyakit.

Mitos-mitos yang tersebar dalam masyarakat seperti paru-paru berair disebabkan oleh suka mandi malam, bayi kecil buta sebab ‘flash’ kamera dan lain-lain dibidas menggunakan penerangan saintifik. Selain itu, turut diceritakan masih ada dalam masyarakat kita yang mempercayai sesetengah penyakit fizikal berpunca daripada saka sedangkan sudah terang lagi bersuluh pesakit menunjukkan symptom demam denggi.

Ada banyak lagi lah content dia. Kalau cerita kat sini semuanya, tak payah belilah buku dia lepas ini haha.

Overall, memang bestlah sebab dapat rasa aura penulis ini sangat berkobar-kobar dalam menyampaikan setiap bab daripada muka surat pertama sampai bab-bab terakhir. Kalau nak jadi doktor sebab nak jadi kaya, maka lupakanlah impian tersebut kerana profesi perubatan bukanlah hanya satu profesi untuk buat duit, tapi untuk meawat dan menyelamatkan pesakit.

Hujung-hujung bab  ada diselitkan nasihat-nasihat kepada pembaca yang ingin melanjutkan pengajian dalam perubatan atau sedang melanjutkan pengajian dalam perubatan. Sek-sek medik ini tahulah kot istilah H.O, atau Housemanship Medical Officer. Kan kan? H.O. ini kira tempoh praktikal bagi pelajar doktor lah.

Nice. Sangat bagus dan sarat dengan informasi yang dapat menanggal mitos-mitos dalam budaya masyarakat kita.

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku: Hiatus oleh Budak Tomato

    HIATUS OLEH BUDAK TOMATO Ini antara buku favourite aku yang mana end up aku menjadi agak ‘gila’ dan terumbang-ambing dengan emosi yang sememangnya tak stabil. Yang pasti buku ini adalah among novel bestseller bukan fiksyen 2017 selain Arkitek Jalanan oleh Teme Abdullah. Aku tahu buku Arkitek Jalanan itu bestseller novel bukan fiksyen tapi aku tak baca lagi. Haha. Oh ya, lupa nak cakap. Hiatus adalah novel fiksyen islamik berketebalan 300+ muka surat, tak lebih 400 muka surat. Sebab apa aku suka: 1. Cara penulisan penulis ringkas sahaja. Tak berbunga-bunga yang akhirnya kembang mekar apabila cukup musimnya tapi cukuplah menyampaikan apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.  2. Jalan cerita dan monolog atau naratif serba BANYAK emosi. Maksud aku, dia berjaya meletak pembaca pada posisi si watak. Penulis tak cerita tapi dia ‘tunjukkan’ kepada pembaca. Let the reader imagine and play with the emotion. Weiii. 3. Oh ya dalam cerita ini, watak...

Move On: Senang tak?

Move on, guys? SEBELUM DITERUSKAN LAGI DENGAN LEBIH MENDALAM, SUKA CITANYA NAK LETAK DISCLAIMER ATAU PESANAN-PESANAN RINGKAS: 1.   Apa yang tertulis selepas ini tak ada kaitan untuk berbalah bahawa bercinta selepas kahwin lebih baik, bercinta sebelum kahwin atau kalau kita jaga mata, tak ada masa untuk jatuh cinta seterusnya tiadalah move on. 2. Move On dalam halaman ini lebih kepada alam sebuah fasa perasaan dan naluri. Hahaha. Jangan naluri songsang sudahlah. Move on: Senang tak? Senang kot kalau daripada awal lagi kau memang tak ada apa-apa perasaan kat dia. Contohnya, kau suka dia sebab dia kaya? Bila dia bankrup, effort untuk move on tak payah sembanglah.  Antara lelaki dan perempuan, mana lagi mudah nak move on? Sama saja. Lelaki ke perempuan, sama sahaja kadarnya. Jenis-jenis Move On Pertama, move on selepas breakup bercinta. Kedua, move on daripada perasaan sendiri yang jatuh cinta dengan orang lain tanpa ada sebarang perhubungan di a...

Review Buku: Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah

Mudahnya Menulis oleh Umi Kalthum Ngah Inilah buku pertama yang aku khatam paling cepat sebab jari-jemari aku memang suka berlari atas papan kekunci. Jadi, sedikit sebanyak aku perlukan panduan untuk menghasilkan penulisan yang baik dan antaranya adalah janganlah guna shortform dalam kehidupan seharian kita lagi-lagi dalam penulisan. Buku ini memang baguslah. Dia bagi kita panduan macam mana nak menulis. Haha, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu nak menarik pembaca. Aku tertarik pada bahagian penulis ada menceritakan bagaimana nak menghasilkan penulisan ever-green. Ever-green ini bermaksud, andai kata seseorang penulis itu menghasilkan penulisan ever-green, karya dia sesuai dicetak sampai bila-bila tak kira berapa lama tapi haruslah ada teknik dia. Dan penulis ini pun antara orang yang pernah memberi perkongsian dalam seminar penulisan. Jadi, tak rugilah kalau nak baca. Jujurnya, memang banyak isi yang dia tulis.  Dan kau akan rasa, memang berguna be...